OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tumpu isu rakyat, realisasi Ipoh bandar bestari, misi Datuk Bandar Ipoh

Tumpu isu rakyat, realisasi Ipoh bandar bestari, misi Datuk Bandar Ipoh

IPOH: Isu rakyat serta penyelenggaraan kemudahan awam akan diberikan tumpuan utama dalam memastikan visi menjadikan Ipoh sebagai ‘Bandaraya Bestari Sejahtera’ dapat direalisasikan, kata Datuk Bandar Ipoh Zamakshari Hanipah.

Beliau yang baru mengangkat sumpah ke jawatan Datuk Bandar hari ini berkata walaupun perkara itu bukan satu tugas yang mudah, namun ia merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh setiap warga bandar raya ini.

“Saya akan memastikan isu sampah, longkang dan rumput serta isu penyelenggaraan kemudahan awam termasuk jalan berlubang diberikan keutamaan. Ini bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar raya yang ceria, bersih dan mesra alam.

“Kita perlu sedar bahawa tugas yang diamanahkan ini adalah untuk kesejahteraan wargakota Ipoh, kerana mereka adalah majikan kita yang sebenarnya, kerana merekalah yang membayar gaji kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis MBI di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.

Terdahulu Zamakshari mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Ipoh ke-13 disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching.
 

Zamakshari yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggalas tugas berkenaan menggantikan Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud yang mengakhiri perkhidmatan pada 31 Mac lepas.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search