PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan di Sabah, Sarawak dan timur Semenanjung dalam tempoh empat hari bermula Jumaat depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ia susulan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 21 sehingga 25 Februari ini.
“Kami akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan tinggi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE
KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan murid dan pelajar sekolah agar memakai pelitup muka semasa musim kemarau yang baru peringkat awal melanda negeri ini.
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN Kelantan, Mat Lazim Mohammad berkata,
pihaknya juga sudah dimaklumkan mengenai kit operasi semasa musim kemarau daripada Kementerian Kesihatan.
Katanya, pemakaian pelitup muka itu sebagai langkah awal untuk mengelak berlaku demam, batuk dan selsema.
“Pemakaian pelitup muka itu tidak wajib, tetapi ia digalakkan supaya mereka memakainya demi menjaga kesihatan diri dan mengikut kesesuaian semasa.
“Murid dan pelajar juga dinasihatkan supaya membawa minuman secukupnya sepanjang sesi persekolahan semasa musim kemarau ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hari Pertama Persekolahan Bagi Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mat Lazim memberitahu, JPN Kelantan akan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak sekolah dari semasa ke semasa mengenai cuaca berdasarkan Jabatan Meteorologi untuk dimaklumkan kepada ibu bapa.
MIRI (Feb 16): Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak is demanding an explanation from the relevant authorities regarding the liquefied petroleum gas (LPG) cylinder disruptions that have lasted for nearly two weeks.
Its chairman Roland Engan said they have received public complaints about the issue since last week.
“It has been found that this LPG supply issue has affected many areas across Sarawak.
“If it persists, it will impact parents preparing to enrol their children in school this weekend,” he said in a statement on Friday.
Roland also urged all parties not to take advantage of the situation by increasing LPG cylinder prices.
“Such an increase would further burden the people, especially those recently affected by the flood,” he added.
MIRI, 16 Feb: Sikap penduduk dalam menguruskan sisa buangan perlu diberi perhatian serius kerana pembuangan sampah secara tidak terkawal menyumbang kepada banjir yang lebih teruk.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang masih membuang sampah secara tidak terkawal terutama di kawasan awam dan dalam sistem perparitan.
“Kami dapati banyak sampah dibuang di tepi jalan dan dalam parit termasuk perabot dan barangan besar lain yang rosak akibat banjir. Sampah-sampah ini menyekat sistem perparitan, menyebabkan aliran air terganggu dan mengakibatkan banjir bertambah buruk,” katanya ketika ditemui semasa gotong-royong perdana pascabanjir di Kampung Pangkalan Lutong, hari ini.
Sehubungan itu, Kim Shin meminta Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk menyediakan tong sampah besar di lokasi-lokasi strategik bagi memudahkan penduduk membuang sisa berskala besar seperti tilam, perabot rosak dan bahan buangan lain.
“Kita tidak mahu bandar raya kita dipenuhi sampah sarap. Oleh itu, MBM telah menyediakan tong sampah besar di kawasan tertentu bagi memastikan penduduk mempunyai tempat yang sesuai untuk membuang sampah besar. Saya menyeru orang ramai agar menggunakan kemudahan ini dengan baik,” ujarnya.
Selain kerja-kerja pembersihan kawasan perumahan, pihak berkuasa kini memberi tumpuan kepada penyelenggaraan sistem perparitan bagi mengelakkan gelombang kedua banjir sekiranya hujan lebat berlaku semasa air pasang.
“Saya mengarahkan JPBB Miri, MBM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan semua parit dibersihkan sepenuhnya. Ketika banjir baru-baru ini, banyak kawasan mengalami kesan lebih buruk kerana sistem saliran tersumbat.
“Kita semua perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan. Jika setiap individu bertanggungjawab membuang sampah dengan betul, kita bukan sahaja dapat mengelakkan bencana seperti banjir, tetapi juga menjadikan Miri sebuah Bandaraya Hijau dan Bersih,” jelasnya.
Pelaksanaan gotong-royong di Kampung Pangkalan Lutong ini merupakan kali ketiga dalam siri pembersihan komuniti yang telah dirancang oleh JPBB Miri, dengan harapan agar kesedaran masyarakat dapat ditingkatkan untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan masalah sampah sarap pasca banjir.-TVS
NEGARA-NEGARA yang terletak di Lingkaran Api Pasifik sememangnya sinonim dengan kejadian gempa bumi dan gunung berapi. Namun, semua itu tidak menghalang untuk penduduk terus mendiami kawasan tersebut. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.
Di sebalik bencana alam yang maha dahsyat itu, kawasan gunung berapi mempunyai bentuk muka bumi yang cantik dan tanah yang subur sehingga menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke situ. Berikut CitaRasa kongsikan lima negara yang mempunyai gunung berapi paling aktif di dunia.
AMERIKA Syarikat mempunyai 169 gunung berapi aktif yang kebanyakannya terletak di Alaska dan Hawaii. Di Alaska sahaja mempunyai kira-kira 130 gunung berapi aktif dengan kebanyakannya terletak di sepanjang Kepulauan Aleutian. Ini kebanyakannya disebabkan oleh subduksi Plat Pasifik di bawah Plat Amerika Utara. Hawaii menjadi rumah kepada dua gunung berapi paling besar dan aktif iaitu gunung Kilauea di Pulau Besar dan Mauna Loa yang mempunyai larva gunung berapi paling banyak di dunia.
2- Indonesia
NEGARA ini mempunyai sekitar 130 gunung berapi aktif. Aktiviti gunung berapi ini disebabkan oleh kedudukan Indonesia di sepanjang Lingkaran Api Pasifik yang meliputi beberapa plat tektonik termasuk plat Eurasia, Pasifik dan Indo-Australia berkumpul. Pergerakan dan subduksi plat ini menyebabkan letusan gunung berapi dan gempa bumi yang kerap. Beberapa gunung berapi yang terkenal dan aktif di Indonesia ialah seperti Gunung Merapi, Gunung Sinabung dan Gunung Krakatau.
3- Rusia
RUSIA mempunyai sekitar 120 gunung berapi aktif dan kebanyakannya terletak di bahagian paling timur negara tersebut iaitu di Semenanjung Kamchatka.
Ia sebahagian besarnya adalah kawasan ‘hotspot’ kerana terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik. Semenanjung Kamchatka adalah rumah kepada beberapa gunung berapi terkenal di Rusia seperti Klyuchevskaya Sopka, Shiveluch dan Tolbachik. Gunung berapi ini adalah sebahagian daripada landskap dramatik di rantau itu yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana keindahan semula jadi dan kepentingan geologinya.
4- Jepun
TERLETAK di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, Jepun mempunyai 111 gunung berapi aktif yang mewakili kira-kira 10 peratus daripada gunung berapi aktif di dunia. Lokasi tektoniknya berada di sempadan konvergen banyak plat, mengakibatkan letusan berkala dan gempa bumi. Gunung berapi yang paling terkenal di negara itu ialah Gunung Fuji, Gunung Sakurajima dan Gunung Aso. Gunung Fuji adalah simbol ikonik Jepun dan kali terakhir meletus adalah pada tahun 1707.
Gunung Sakurajima yang terletak di Teluk Kagoshima adalah salah satu gunung berapi paling aktif di negara ini dengan letusan kerap yang memberi kesan kepada kawasan sekitarnya, manakala Gunung Aso yang terletak di pulau Kyushu merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di dunia yang mempunyai kaldera besar dan berbilang kawah aktif.
5- Chile
KIRA-KIRA 90 gunung berapi aktif di Chile yang kebanyakannya terletak di sepanjang Banjaran Andes.
Aktiviti gunung berapi di Chile adalah disebabkan oleh subduksi Plat Nazca di bawah Plat Amerika Selatan yang membawa kepada letusan biasa. Beberapa gunung berapi aktif yang terkenal di negara itu ialah Gunung Villarrica, Gunung Llaima dan Gunung Calbuco.
Gunung berapi ini membentuk rupa bumi serta menyediakan tanah yang subur.
Perkhidmatan Geologi dan Perlombongan Negara (Sernageomin) sentiasa memantau gunung berapi di Chile yang sekali gus mengeluarkan amaran awal bagi membantu mengurangkan risiko kecelakaan akibat letusan.