OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Indonesia akan gesa ratifikasi perjanjian pusat jerebu ASEAN pada sidang kemuncak serantau di Manila

Indonesia akan gesa ratifikasi perjanjian pusat jerebu ASEAN pada sidang kemuncak serantau di Manila

JAKARTA: Indonesia akan menggesa ratifikasi perjanjian bagi membolehkan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ACCTHPC) beroperasi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila.

Ketua Pengarah Kerjasama ASEAN Kementerian Luar Indonesia, Ina Krisnamurthi, berkata pusat itu sudah mempunyai sekretariat di Jakarta, namun masih belum dapat memulakan operasi sementara menunggu ratifikasi perjanjian berkenaan oleh negara anggota ASEAN.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya enam negara anggota perlu meratifikasi perjanjian itu sebelum ia boleh berkuat kuasa, namun setakat ini hanya Vietnam telah menyelesaikan proses berkenaan.

"Pusat ini mesti mula beroperasi. Jika tidak, tiada gunanya menubuhkan sebuah pusat yang tidak dapat berfungsi. Kita mesti segera melaksanakan apa yang telah dirancang menerusi pusat ini," katanya menurut agensi berita Antara.

Ina menyifatkan pusat itu berpotensi membawa perubahan besar dalam memperkukuh Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) yang mula berkuat kuasa pada 2003.

"Pusat ini akan membawa perubahan besar dengan memperkukuh perjanjian yang diwujudkan ASEAN pada 2003, diikuti sistem pemantauan yang diperjuangkan Indonesia pada 2013. Kami terus memperjuangkannya sekali lagi pada 2023," katanya.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search