OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ujian siren tsunami dilaksanakan di Pulau Tioman esok

Ujian siren tsunami dilaksanakan di Pulau Tioman esok

KUALA LUMPUR, 19 April: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok di Pulau Tioman.

Menurut METMalaysia, ujian akan dijalankan di Jeti Kargo, Jabatan Laut, bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

“MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada20/04/2026 (Isnin) di Jeti Kargo , Jabatan Laut, Pulau Tioman, Pahang pada 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

“Orang ramai yang berada di sekitar kawasan berkenaan dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya terdengar bunyi siren, kerana ia merupakan sebahagian daripada latihan pengujian sistem sahaja,” jelas agensi itu menerusi kenyataan media.

METMalaysia turut memaklumkan bahawa ujian bertujuan memastikan SAATNM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.

Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian akan dimaklumkan melalui saluran rasmi agensi berkenaan. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search