OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Risiko kebakaran belukar meningkat di Miri akibat cuaca panas

Risiko kebakaran belukar meningkat di Miri akibat cuaca panas

MIRI, 14 April: Cuaca panas dan kering berterusan meningkatkan risiko kebakaran belukar di kawasan Pulau Melayu, sekali gus mendorong pemantauan rapi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Sarjan (PA) Ain Zaira Rosli, pasukan APM digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kebakaran petang tadi.

“Pasukan bergerak dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Miri (PKOD) Miri pada jam 1.14 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 2.57 petang.

“Hasil pemantauan mendapati kawasan tersebut masih mengalami kebakaran kecil serta kepulan asap tebal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan kerja pemadaman telah dilaksanakan oleh pihak bomba bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Menurutnya, keadaan cuaca panas dan kering sepanjang Monsun Barat Daya menjadi antara faktor peningkatan risiko kebakaran di kawasan belukar dan hutan.

Sehubungan itu, APM menasihatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian sama berulang serta memastikan keselamatan persekitaran.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka terutama ketika cuaca panas dan kering,” jelasnya.

Operasi pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan berisiko tinggi di Bahagian Miri. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search