OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Suhu Bumi paling panas direkodkan awal Jun 2023

Suhu Bumi paling panas direkodkan awal Jun 2023

PARIS: Suhu purata global pada awal Jun tahun ini adalah yang paling panas pernah direkodkan oleh unit pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU) untuk tempoh itu, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya dengan perbezaan yang besar.

Fenomena El Nino secara rasmi meningkatkan kebimbangan berlakunya cuaca melampau dan lebih banyak peningkatan suhu direkodkan selepas ini.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S), Samantha Burgess, berkata, dunia baru sahaja mengalami suhu paling panas pada awal Jun ini.

“Purata suhu udara permukaan global untuk hari pertama Jun 2023 adalah yang tertinggi dalam rekod data ERA5, dengan jurang yang besar, berdasarkan data unit itu yang mula dikumpulkan pada 1950,” katanya.

Terdahulu, C3S mengumumkan suhu lautan global lebih panas pada bulan lalu berbanding bulan Mei yang lain dalam rekod.

Unit itu juga memaklumkan, pada awal Jun ini, suhu global melebihi paras pra-industri sebanyak lebih 1,5 darjah Celsius, iaitu had paling tinggi untuk pemanasan global dalam Perjanjian Paris 2015.

Menurut data, suhu purata global harian berada pada atau melebihi ambang 1.5 darjah Celsius antara 7 hingga 11 Jun, mencapai maksimum 1.69 darjah Celsius pada 9 Jun.

Kebanyakan tahun paling panas dalam rekod berlaku semasa El Nino, dan saintis bimbang bahawa musim panas ini dan seterusnya dapat melihat rekod tertinggi suhu di darat dan di laut. -

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search