OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gelombang haba Asia uji tenaga boleh diperbaharui

Gelombang haba Asia uji tenaga boleh diperbaharui

SINGAPURA: Gelombang haba di Asia menguji tenaga boleh diperbaharui, menuntut keperluan bekalan sokongan, peningkatan sistem penghantaran dan pembaharuan tarif untuk memastikan kebolehpercayaan dan mengelakkan kadar perlahan dalam penggunaan tenaga hijau.

Pada akhir April lalu, suhu di rantau ini mencecah 40 darjah Celsius, lebih awal daripada biasa, menyebabkan kerosakan infrastruktur yang meluas dan gangguan bekalan elektrik.

Di China, negara yang mana tenaga boleh diperbaharui menyumbang lebih separuh daripada kombinasi bekalan kuasa campuran, pihak berkuasanya bertindak mengekalkan loji arang batu dan gas sandaran dalam keadaan siap sedia bagi memenuhi permintaan dan peningkatan mendadak dalam penggunaan akibat gelombang haba awal, kata perunding Rystad.

 

Sementara itu menurut seorang pegawai kementerian kuasa persekutuan India, negeri pengeluar tenaga suria terkemuka India, Rajasthan memperoleh 'amaran awal' mengenai cabaran teknikal yang mungkin timbul apabila penggunaan tenaga boleh diperbaharui meningkat.

Ini kerana meningkatkan kebolehpercayaan grid akan membabitkan peningkatan yang mahal.

 

Penambahbaikan rangkaian penghantaran dan pengedaran berkemungkinan menelan belanja sekurang-kurangnya AS$2 trilion (RM9.35 trilion) sepanjang dekad akan datang di rantau Asia-Pasifik, kata perunding Wood Mackenzie yang membuat ramalan bulan ini.

India memanjangkan hayat loji jana kuasa arang batu, sementara China sedang membina loji baharu untuk memastikan terdapat bekalan sokongan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan tenaga yang lebih tinggi, yang berpotensi meningkatkan pelepasan tanpa adanya peraturan dan pembaharuan dasar.

"Gelombang haba adalah permulaan kitaran ganas ke bawah. Anda mencipta perubahan iklim tetapi anda juga menyebabkan permintaan untuk tenaga yang lebih banyak dan kemudian ia mewujudkan lebih banyak perubahan iklim," kata Pengarah Urusan APAC di bahagian kelestarian Engie Engie Impact, Malavika Bambawale.

Kekurangan insentif ketiadaan struktur tarif di kebanyakan negara Asia untuk menggalakkan loji jana kuasa berasaskan arang batu atau gas hanya untuk beberapa jam puncak sehari yang boleh mendorong pengendali grid untuk mengendalikan loji bahan api fosil sebanyak mungkin, kata Lauri Myllyvirta, penganalisis utama di Pusat untuk Penyelidikan Tenaga Bersih dan Udara.

Tenaga daripada matahari dan angin lebih sukar untuk diramal dan dikawal kerana ia berbeza mengikut keadaan cuaca tempatan dan tidak boleh dinaikkan atau turun sebagai tindak balas kepada lonjakan atau penurunan permintaan secara tiba-tiba tidak seperti hidro dan gas.

"Jika struktur tarif yang sesuai yang memberi insentif kepada penjanaan haba fleksibel tidak diperkenalkan, ia boleh mengakibatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang lebih perlahan.

"Justeru, pengawal selia grid perlu membina grid yang boleh mengawal voltan dan kekerapan solar bertindak. Itu sudah tentu menjadi satu cabaran," katanya.

China dan India sebelum ini mengkaji cara untuk memberi insentif kepada generasi fleksibel.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search