OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tsunami lemah landa Jepun selepas gempa ukuran 6.9

Tsunami lemah landa Jepun selepas gempa ukuran 6.9

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di Lautan Pasifik pada Ahad menyebabkan tsunami lemah di timur laut Jepun, mencetuskan pemindahan penduduk di beberapa kawasan pantai dan gangguan sementara perkhidmatan kereta api laju Shinkansen, lapor Agensi Berita Kyodo.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA), yang menyemak semula magnitud daripada laporan awal 6.7, telah mengeluarkan amaran tsunami setinggi satu meter bagi Wilayah Iwate susulan gegaran yang berlaku pada pukul 5.03 petang di perairan Pantai Sanriku pada kedalaman kira-kira 16 kilometer (km).

Gempa itu mencatatkan bacaan 4 pada skala intensiti seismos Jepun (skala 7 mata) di beberapa kawasan Wilayah Iwate dan Miyagi, namun tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Penduduk di kawasan pantai Iwate termasuk di Ofunato, Rikuzentakata dan Otsuchi telah diarahkan berpindah. Amaran tsunami dan arahan pemindahan itu ditarik balik kemudian pada Ahad.

Gelombang tsunami setinggi 20 sentimeter dilaporkan di Kuji dan Ofunato, manakala gelombang 10 sentimeter dikesan di Miyako dan Kamaishi, menurut agensi berkenaan.

 

Perkhidmatan kereta api laju Tohoku Shinkansen antara Stesen Sendai dan Shin-Aomori turut dihentikan sementara selepas bekalan elektrik terputus akibat gempa bumi itu, menurut pengendalinya JR East.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search