OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jepun keluarkan amaran tsunami di Iwate susulan gempa bumi 6.7 magnitud

Jepun keluarkan amaran tsunami di Iwate susulan gempa bumi 6.7 magnitud

KUALA LUMPUR: Amaran tsunami telah dikeluarkan ke atas wilayah Iwate selepas gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda perairan pantai Sanriku di timur laut Jepun sekitar jam 5.03 petang ini (waktu tempatan), lapor Kyodo News.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi pada kedalaman kira-kira 10 kilometer (km) itu mencatat intensiti seismos empat pada skala tujuh mata Jepun di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Kyodo News turut melaporkan sebahagian perkhidmatan kereta api laju Tohoku Shinkansen terpaksa dihentikan akibat gangguan bekalan elektrik selepas gempa bumi itu.

Pihak berkuasa Jepun masih memantau keadaan berkenaan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search