OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah

12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah

BATU PAHAT: Sekurang-kurangnya 12 daripada 15 rumah kedai berusia lebih 40 tahun musnah dalam kebakaran di Pekan Semerah di sini, petang tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 7 petang menyebabkan puluhan penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barang berharga.

Difahamkan, api bermula dari kedai jahit sebelum merebak dengan pantas dan menyambar beberapa lagi kedai bersebelahannya.

Hanya dalam tempoh 10 minit, api marak dengan cepat berikutan kesemua rumah kedai diperbuat daripada kayu sepenuhnya.

Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan kedai masih beroperasi dan lazimnya ditutup pada jam 8 malam.

Ketika kejadian, kebanyakan penduduk setempat sedang minum petang sebelum melihat kepulan asap hitam disusuli api menjulang tidak lama selepas itu.
 

Kebakaran itu juga menyebabkan laluan kedua-dua arah untuk ke Batu Pahat atau Muar ditutup bagi membolehkan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Ayub Majid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.02 petang.

Katanya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dan Penggaram ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Operasi pemadaman masih dijalankan. Kebakaran membabitkan beberapa kedai dua tingkat yang diperbuat daripada kayu," katanya.

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search