OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

86 penghuni Rumah Panjang Jantun di Ulu Krian hilang tempat tinggal

86 penghuni Rumah Panjang Jantun di Ulu Krian hilang tempat tinggal

SARATOK, 20 Ogos: Seramai 86 penghuni Rumah Panjang Jantun, Nanga Belangun, Ulu Krian, di sini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.35 petang sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang 16 pintu. Pasukan operasi segera melakukan pemadaman dengan membentang dua aliran hos sepanjang 400 kaki menggunakan tiga nozel serta satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Kejadian tersebut menyebabkan rumah separa kekal dua tingkat berkenaan musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Turut serta dalam operasi yang diketuai Ketua BBP Saratok, PPgB Putra Ila ialah dua Pegawai Kanan Zon Sri Aman, PgB Muhammad Rais Adham Rosalan dan PPgB Muhammad Adam Amran.

Selain itu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Saratok seramai empat orang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (8), Jabatan Kebajikan Masyarakat (3), Pejabat Daerah Saratok (6), RELA (5) serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (3) turut berada di lokasi bagi membantu mangsa. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search