OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

RM200,000 diperuntuk atasi banjir di Kg Melayu Bukit Batu

RM200,000 diperuntuk atasi banjir di Kg Melayu Bukit Batu

KULAI, 1 Julai - RM200,000 diluluskan bagi melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi di Kampung Melayu Bukit Batu menerusi Peruntukan Mesra Rakyat Parlimen Kulai.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, projek itu dilaksanakan susulan kejadian banjir yang berlaku sebanyak empat kali pada awal tahun ini.

Bencana itu menyebabkan penduduk kampung mengalami kerosakan rumah, kehilangan harta benda dan berdepan trauma berpanjangan.

Projek berkenaan menyasarkan dua matlamat utama, iaitu mengurangkan risiko banjir, serta meningkatkan kecekapan sistem saliran di kawasan terbabit untuk memastikan kejadian banjir tidak berulang.

“Kerja-kerja sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor pelaksana. Terima kasih kepada agensi teknikal dan komuniti setempat yang sentiasa memberikan kerjasama. Saya komited untuk memastikan kesejahteraan warga Kulai terus terbela,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kampung Melayu Bukit Batu adalah antara kawasan berisiko tinggi dilanda banjir di daerah Kulai berikutan sistem saliran tidak lagi mampu menampung aliran deras air hujan. - BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search