OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri sehingga 6 petang ini

Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri sehingga 6 petang ini

KUALA LUMPUR: Jabatan MeteorologiMalaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 6 petang ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang tadi, MetMalaysia memaklumkan negeri terbabit ialah seluruh Perlis, di Kedah (Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Terengganu, di Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai), manakala Pahang (Kuantan).

Selain itu, di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Telang Usan), serta di Sabah membabitkan pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan juga Tawau.

Orang ramai boleh merujuk media sosial rasmi dan laman web www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search