OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Penduduk di kawasan risiko banjir kilat diminta berwaspada – KP Bomba

Penduduk di kawasan risiko banjir kilat diminta berwaspada – KP Bomba

PUTRAJAYA: Penduduk di kawasan berisiko banjir diminta berwaspada dengan kejadian banjir kilat yang boleh berlaku secara tiba-tiba.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kesemua balai bomba di kawasan berisiko juga diminta bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.

Persiapan itu susulan trend hujan berintensiti tinggi di beberapa kawasan termasuk lokasi yang sudah mula dilanda banjir kilat. “Bagi pihak jabatan, kita telah memberi peringatan kepada semua balai (trend hujan lebat).

“Dia akan ada siri hujan lebat yang tertumpu di satu-satu tempat. Maksudnya intensiti hujan itu tinggi di lokasi tertentu.

“Jadi pagi tadi kita tengok ada berlaku di Shah Alam, Kajang, Sepang (banjir kilat) dan kita pun telah respon pasukan awal terutamanya di Kajang, kita dapat selamatkan 12 keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat JBPM hari ini. Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas siasatan kes letupan paip gas di Putra Heights.

Menurutnya, lima pegawai siasatan kebakaran masih ditempatkan di lokasi kejadian bagi mengumpul beberapa data.

“Lima orang pegawai memang berada di ‘ground’ maksudnya berada di tapak untuk kenal pasti data-data dan juga kaedah – kaedah lanjut untuk membuat kajian dengan kerjasama agensi teknikal lain.

“Sebaik sahaja kita dapat (maklumat) itu, kita akan duduk sekali dan kemukakan dengan dapatan-dapatan kepada insiden ini.

“Dalam masa sama juga kita akan mencadangkan dan melihat bagaimana perbandingan dengan amalan terbaik dibuat seluruh dunia untuk kita buat cadangan kepada pihak Petronas terutamanya.” ujarnya lagi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (Bagi Tender Bekalan) antara pihaknya dengan sebuah syarikat jentera berat bomba.

Menerusi kerjasama itu, JBPM akan menerima 30 jentera baharu selepas melaksanakan proses pelupusan dan perolehan 30 jentera uzur yang berusia lebih 20 tahun.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search