OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan paip gas: JIM tawar penggantian pasport percuma kepada mangsa

Letupan paip gas: JIM tawar penggantian pasport percuma kepada mangsa

PUTRA HEIGHTS: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai bantuan dokumen pengenalan diri kepada mangsa.

JIM dalam satu kenyataan memaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, telah mengarahkan agensi itu untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata mangsa boleh mengemukakan permohonan penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana Pejabat JIM berhampiran.

“Syarat utama penggantian ini adalah pasport masih sah sekurang-kurangnya enam bulan, mangsa membawa pasport asal jika masih ada, dan menyerahkan salinan laporan polis, bomba, atau pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa langkah itu bertujuan untuk meringankan beban mangsa serta memastikan mereka dapat menguruskan keperluan perjalanan tanpa kesulitan tambahan.

“JIM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu mangsa yang terjejas,” tambahnya.

Mangsa yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi mana-mana Pejabat JIM bagi mendapatkan bantuan serta panduan berkaitan proses permohonan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search