OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi: Bomba terima 2 panggilan kecemasan bangunan

Gempa bumi: Bomba terima 2 panggilan kecemasan bangunan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak dua panggilan kecemasan bangunan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sekitar Lembah Klang berikutan gegaran disebabkan gempa bumi di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pagi Selasa.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, antara panggilan yang diterima melibatkan dua apartmen di Bandar Saujana Putra, Selangor dan Pudu Hulu, Kuala Lumpur.

 

"Panggilan pertama, kita terima daripada orang awam di sebuah apartmen di Bandar Saujana Putra pada jam 6.45 pagi, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang telah pergi ke lokasi.

"Manakala panggilan kedua pula, kita terima daripada orang awam di sebuah apartmen di Pudu Hulu, pada jam 6.58 pagi, sembilan anggota dan pegawai dari BBP Pudu bergegas ke lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.

Gegaran itu dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang, berikutan gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter pada jam 6.23 pagi waktu tempatan.

Nor Hisham berkata, tindakan pasukan Bomba dan Penyelamat adalah membuat pemeriksaan terhadap bangunan yang terlibat dengan gegaran.

"Setakat ini, kita mendapati tiada kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan atau kecederaan dilaporkan.

"Kita turut menasihatkan penduduk terlibat agar bersedia untuk mengosongkan kediaman dan berkumpul di tempat yang selamat sekiranya gegaran berulang dan memberi kesan kritikal kepada struktur bangunan," katanya.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X.

BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa tersebut adalah 109 kilometer.

Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search