OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di Kampung Narum pulih sepenuhnya

Banjir di Kampung Narum pulih sepenuhnya

MARUDI, 13 Mac: Keadaan banjir di Kampung Padang Kerbau dan Kampung Narum, Marudi, telah pulih sepenuhnya selepas paras air menunjukkan penurunan ketara hari ini.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sepanjang tempoh banjir kerana keadaan masih terkawal.

“Trend air menunjukkan penurunan, dan cuaca juga cerah.

“Namun, penduduk dinasihatkan agar terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan perubahan paras air,” menurut kenyataan itu hari ini.

Walaupun keadaan telah kembali normal, penduduk diingatkan supaya tidak mengambil ringan keadaan cuaca dan perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku.

Pihak berkuasa akan terus memantau situasi semasa dan memastikan langkah berjaga-jaga diteruskan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Penduduk juga digalakkan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berwajib bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Banjir yang berlaku sebelum ini berpunca daripada fenomena air sungai pasang besar yang bertembung dengan hujan lebat secara berkala sejak 7 Mac 2025. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search