OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Helikopter diguna padam kebakaran hutan gambut di Pekan

Helikopter diguna padam kebakaran hutan gambut di Pekan

KUANTAN: Sebuah helikopter digunakan bagi melakukan kaedah pengeboman air dalam operasi memadam kebakaran hutan gambut membabitkan kawasan seluas 106 hektar di dua lokasi di Pekan, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata helikopter terbabit melakukan pengeboman air sebanyak 22 kali dengan mendapatkan sumber air parit di sekitar kawasan kebakaran.

Jelasnya, sembilan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Pekan, Nenasi, Peramu, Indera Mahkota, Kuantan, Taman Tas, Muadzam Shah, Chini dan Rompin terdiri 77 anggota terbabit dalam operasi pemadaman itu.

“Setakat ini, kawasan kebakaran membabitkan 106 hektar di dua kawasan di sekitar Cenderawasih dan Palma Valley.

“Daripada jumlah itu, 34.1 hektar berjaya dipadamkan dan anggota masih berusaha untuk memadamkan baki 71.9 hektar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dipecahkan kepada tiga sektor untuk memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.

Pada 10 Mac lalu, JBPM Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar di Gebeng yang berlaku sejak 22 Februari lalu ditamatkan sepenuhnya.

Lebih 70 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi lebih dua minggu itu. Bagaimanapun, tumpuan operasi pemadaman kini beralih ke Pekan susulan cuaca panas.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search