NDRC, UMS, NADMA teroka kerjasama pengurusan bencana
- Admin UKK
- Berita
KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) berhasrat untuk menyelaras dan memperkukuh kerjasama bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khususnya dalam aspek pengurusan bencana negara.
Perkara itu dinyatakan NDRC ketika menerima kunjungan delegasi NADMA yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA, Zamakhsari Hanipah baru-baru ini.
Menurut Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus, satu perbincangan bersama NADMA yang dipengerusikan Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Prof. Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Gansau membincangkan hasrat kolaborasi dalam bidang penyelidikan serta program-program yang berkaitan dengan pengur usan bencana negara di peringkat rentas sektoral.
“Kunjungan seumpama ini dilihat dapat menggalakkan kolaborasi pihak akademia serta menerokai persefahaman pintar antara pihak NDRC UMS dengan pihak agensi kerajaan seperti NADMA ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara,” katanya.
“Kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi seumpama ini merupakan langkah yang tepat dalam menyokong dasar pengurangan risiko bencana negara 2030.
“Maklumat penyelidikan dan juga program-program pengurangan risiko bencana (DRR) yang dijalankan oleh pihak NDRC UMS akan menjadi rujukan kepada pihak NADMA terutamanya berkaitan pengurusan bencana di peringkat Borneo,” ujar beliau.
Pada kunjungan tersebut, delegasi NADMA turut dibawa melawat Sistem Pemantauan Gempa Bumi, SEISCOMP3 di Makmal NDRC dan diberi penerangan mengenai fungsi teknikal SEISCOMP3 oleh Pegawai Penyelidik NDRC UMS, Eldawaty Madran.
Dalam perkembangan lain, Zamakhsari telah mempengerusikan satu Sesi Perbincangan Awal Inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (DRR) di Negeri Sabah yang diselaraskan oleh NADMA di Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, dan turut dihadiri oleh Carolyn.
Dalam perbincangan tersebut, beliau menjelaskan NADMA telah melancarkan DRR Bencana Negara 2030 di peringkat persekutuan dan akan dilaksanakan di peringkat negeri yang seterusnya akan dipanjangkan di peringkat jabatan-jabatan serta daerah berkaitan.
“Justeru itu, Pelan Strategik DRR di peringkat negeri diperlukan bagi memeterai pelaksanaan Dasar DRR Negara 2030,