OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

172 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi berlindung di dua PPS

172 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi berlindung di dua PPS

KOTA TINGGI, 5 Februari - Seramai 172 penduduk terjejas banjir direkodkan di Pengerang, di sini sehingga tengah hari ini berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.
 
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan pendudu terjejas, melibatkan Dewan Muafakat Taman Desaru dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas.
 
Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah, kawasan yang dinaiki air sejak malam tadi ialah di Kampung Baru Sungai Mas, Taman Desaru Utama dan Taman Penawar Harmoni.
 
Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) juga menjangkakan hujan lebat serta ribut petir akan melanda Johor hingga 2 petang ini.
 
Bacaan sungai Johor serta Sungai Jemaluang pula menunjukkan pada aras waspada hingga pukul 11.00 pagi tadi.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search