OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

2 sekolah masih digenangi air

2 sekolah masih digenangi air

Rantau Panjang:

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan membabitkan 27,017 calon yang bermula berjalan lancar termasuk di dua pusat yang masih dilanda banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata, sehingga pagi semalam terdapat dua sekolah yang terbabit dengan SPM masih digenangi air pada paras 0.3 meter.

“Di Kelantan, terdapat seramai 27,017 calon membabitkan 284 pusat peperiksaan termasuk 12 pusat di hospital dan dua pusat tahanan.

“Bagaimanapun, setakat ini kita tiada calon ditempatkan pusat peperiksaan hospital dan tahanan.

“Dua sekolah yang masih digenangi air adalah Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Falah dan SMUA Diniah.

“Kedua-dua sekolah berkenaan berada di Rantau Panjang. Saya berterima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus menyiapkan sekolah terutama yang terjejas banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama 189 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Rantau Panjang di sini, semalam. Pada majlis berkenaan, Mohd Zamri turut mengagihkan set alat tulis kepada calon SPM terbabit.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search