OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

133 PPA di enam negeri berisiko banjir

133 PPA di enam negeri berisiko banjir

Sebanyak 133 Pusat Peperiksaan Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di enam negeri yang berisiko sekiranya pusat sedia ada dilanda banjir.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata PPA itu diwujudkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang peperiksaan SPM berlangsung khususnya berkaitan Monsun Timur Laut (MTL).

Beliau berkata, ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenalpasti enam negeri terbabit berisiko dilanda banjir sekali gus boleh menjejaskan persediaan calon untuk menduduki SPM.

“Kita juga mengambil kira kemungkinan ada sekolah yang terlibat sebagai pusat peperiksaan dan sekolah itu dilanda banjir.

“Untuk itu, KPM telah pun bersiap siaga dengan semua mekanisme dan juga pelan mitigasi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi antaranya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), ATM, Jabatan Meteorologi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM, JKM dan juga Kementerian Kesihatan.

“Sekiranya musibah itu berlaku, kita akan alihkan calon ini ke PPA yang telah kita sediakan,” katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM di Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP), semalam.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search