OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

RM3.5j bantu mangsa banjir

RM3.5j bantu mangsa banjir

Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.5 juta bagi membantu keluarga yang terjejas akibat banjir pada November tahun lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata menerusi peruntukan itu, setiap ketua isi rumah akan menerima RM500 yang juga akan diagihkan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah itu disemak semula selepas kerajaan negeri mendapati bilangan sebenar mangsa banjir hampir dua kali ganda daripada angka yang direkodkan di lokasi PPS.

“Ada juga orang yang berpindah walaupun rumah dia tak tenggelam tapi dia berpindah kerana jalan terputus, ada juga PPS terlalu padat, maka dipilih untuk duduk rumah dan kita benarkan, kita hantar makanan macam biasa.

“Kita akan jalankan bancian jumlah sebenar mangsa banjir, kita akan minta Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) untuk pengesahan.

“Kita anggarkan jumlah sebenar mangsa banjir hampir dua kali ganda , jadi kita peruntukan RM3.5 juta supaya setiap isi rumah menerima sekurang-kurangnya RM500. Bayaran akan dibuat pada bulan Januari, dan kita harap

sekurang-kurangnya dapat bantu mangsa untuk buat persiapan anak-anak kembali ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Penjawat Awam negeri di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga sudah membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan bencana alam

tahun ini termasuk musim kemarau berpanjangan dan banjir.

Katanya, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) diarahkan untuk memastikan bekalan air mencukupi selain memberi tumpuan kepada projek tebatan banjir.

“Banyak projek tebatan banjir tertangguh selama bertahun-tahun dan kini sedang dalam pelaksanaan. Kita harap kementerian

Kita anggarkan jumlah sebenar mangsa banjir hampir dua kali ganda, jadi kita peruntukkan RM3.5 juta supaya setiap isi rumah terima sekurang-kurangnya RM500”

Muhammad Sanusi dan agensi yang bertanggungjawab dapat mempercepatkan projek-projek ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan peruntukan untuk membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir di Kedah.

“Terima kasih juga kepada penjawat awam dan agensi lain yang bertungkus-lumus semasa banjir di Kedah antara 17 September hingga 16 Oktober dan seterusnya dari 26 hingga 28 November tahun lalu,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search