OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

3,838 mangsa di enam negeri

3,838 mangsa di enam negeri

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Seramai 3,838 mangsa banjir direkodkan di enam negeri dengan 39 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi, semalam.

Setakat jam 3 petang, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir itu direkodkan di Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.

Terengganu merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 3,339 orang membabitkan 885 keluarga dengan 25 PPS dibuka di daerah Kemaman dan Dungun.

“Di Kelantan, seramai 163 mangsa banjir daripada 37 keluarga dipindahkan di dua PPS di Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, di Johor, seramai 150 mangsa banjir daripada 40 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Segamat dan Tangkak.

“Selain itu, 133 mangsa banjir daripada 37 keluarga di Pahang ditempatkan di enam PPS di Maran manakala seramai 42 mangsa daripada 14 keluarga di Perak dipindahkan di dua PPS di Kinta serta Perak Tengah.

“Di Melaka pula, seramai 11 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Jasin,” katanya. Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir dijangka melanda negara bermula kelmarin hingga 14 Disember ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search