𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐍𝐎. 𝟐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐍𝐎. 𝟐
PUTRAJAYA, 6 NOVEMBER – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan Sesi Pembentangan Cadangan Arahan NADMA No. 2 bagi Menggantikan Arahan MKN No. 19 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NADMA dan dibentangkan oleh Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Tuan Addyhanis bin Ahamad. Sesi ini bertujuan meneliti cadangan penambahbaikan terhadap dasar penubuhan dan pengoperasian Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) agar selaras dengan keperluan semasa.
Sesi ini turut dihadiri barisan pengarah dan wakil seksyen NADMA bagi membincangkan aspek tadbir urus, struktur organisasi, bidang kuasa, fungsi serta tanggungjawab SMART dalam operasi mencari dan menyelamat di dalam dan luar negara. Pandangan dan maklum balas yang dikemukakan akan dijadikan input bagi pemurnian draf arahan baharu, sekali gus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan operasi SMART.
