OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀, 𝐓𝐍𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀, 𝐓𝐍𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
 
PUTRAJAYA, 31 Julai — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana, khususnya memastikan kesinambungan bekalan elektrik kepada infrastruktur kritikal dan komuniti terjejas. Komitmen ini dizahirkan menerusi kunjungan hormat delegasi TNB yang diketuai oleh Puan Shahannom Izham, Chief Regulatory & Stakeholder Management TNB, kepada Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail bin Meor Akim di Ibu Pejabat NADMA.
 
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan mekanisme kerjasama melibatkan penyelarasan operasi, perkongsian kepakaran, pemanfaatan aset serta keupayaan logistik bagi menyokong tindak balas dan pemulihan bencana yang lebih berkesan. Kerjasama ini turut mencerminkan pendekatan whole-of-nation yang dipelopori NADMA dalam memperkukuh ekosistem pengurusan bencana negara melalui penglibatan strategik sektor kerajaan, swasta dan komuniti demi meningkatkan daya tahan serta kesejahteraan rakyat.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search