OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πŒπ„π‘π„ππ“π€π’ π’π„πŒππ€πƒπ€π, πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡: πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πƒπˆπ’π€π’π“π„π‘ πŒπ€ππ€π†π„πŒπ„ππ“ π–πŽπ‘πŠπˆππ† π†π‘πŽπ”π (πƒπŒπ–π†) πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€β€“π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ πŠπ„-πŸ‘πŸ‘

PULAU PINANG, 23 Julai – Kesiapsiagaan menghadapi bencana rentas sempadan bermula dengan kerjasama yang kukuh, koordinasi yang mantap serta perkongsian maklumat yang berkesan antara negara berjiran. Sejajar dengan komitmen tersebut, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menghadiri Mesyuarat Disaster Management Working Group (DMWG) Malaysia–Thailand Ke-33 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai 2026 di Hompton By The Beach Hotel, Pulau Pinang.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC), memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pengurusan bencana rentas sempadan melalui perkongsian maklumat, kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut, penyelarasan operasi serta pengukuhan sistem amaran awal di bawah Joint Disaster Relief Operation Center (JDROC).

Penyertaan NADMA dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Thailand untuk memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan keupayaan tindak balas bencana secara bersepadu, cekap dan berkesan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat di kedua-dua belah sempadan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search