BAGAN DATUK: Malaysia will deploy the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team to Afghanistan to provide aid following the recent devastating earthquake.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi confirmed the proposal will be formally presented to National Disaster Management Agency director-general Datuk Abdul Halim Hamzah.
Ahmad Zahid stated he will coordinate with Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin to include the Malaysian Armed Forces Health Corps in the mission alongside SMART.
The government will also engage non-governmental organisations with disaster response experience to support the relief operations in Afghanistan.
A 6.0-magnitude earthquake struck eastern Afghanistan around midnight on August 31, followed by several significant aftershocks.
The Ariana News portal reported on Thursday that the earthquake has caused over 2,200 fatalities and injured more than 3,600 people. – Bernama
BAGAN DATUK: Malaysia merancang untuk memobilisasikan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Afghanistan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi yang melanda negara itu, baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu akan dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Abdul Halim Hamzah.
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (Kor Kesihatan Diraja) turut dihantar menyertai SMART dalam misi berkenaan.
"Saya juga akan mengkoordinasikan agar NGO (pertubuhan bukan kerajaan) terutamanya kumpulan sukarelawan yang dapat membantu mangsa di mana mereka ada pengalaman membantu mangsa banjir dan juga malapetaka alam yang lain.
"Insya-Allah kita esok akan menghubungi Duta Afghanistan di Kuala Lumpur untuk membincangkan perincian bagi penghantaran pasukan ini bagi membantu mereka yang terjejas di Afghanistan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini.
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Afghanistan sekitar tengah malam 31 Ogos lalu yang disusuli beberapa gegaran.
Pada Khamis, portal Ariana News melaporkan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Afghanistan telah melebihi 2,200 orang, dengan lebih 3,600 lagi cedera.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Teknikal Gempa Bumi wajar diaktifkan semula bagi menyelaras usaha kajian dan penilaian semula risiko gegaran di Malaysia susulan insiden gempa bumi baru-baru ini.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Datuk Zamri Ramli berkata jawatankuasa teknikal itu, yang dikoordinasikan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) boleh memperincikan semula data sedia ada bagi membolehkan kajian dan tindakan bersesuaian diambil.
SEGAMAT: The government will launch a series of community-based disaster simulation exercises nationwide starting this October to strengthen disaster preparedness, following a series of earthquakes that recently struck the district.
National Disaster Management Agency (Nadma) director-general Datuk Abdul Halim Hamzah (pic) said the initiative is being implemented in collaboration with the Minerals and Geoscience Department (JMG), Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), Public Works Department (JKR), Drainage and Irrigation Department (DID), as well as disaster management committees at the state and district levels.
"In line with the Sendai Framework, we will conduct tabletop exercises (TTX) and full-scale simulations under the Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) programme, involving all levels of society," he said when met by reporters after the Earthquake Disaster Risk Management Programme at the Segamat Multipurpose Hall on Wednesday (Sept 3).
He added that the exercises will be carried out based on the suitability of each location - whether at the district, parliamentary constituency, or village level - and will involve local communities, including schools, community leaders, and non-governmental organisations (NGOs).
"The programme was implemented in Sabah last year and proved to be highly effective. Just moments after the training session, a real incident occurred in Sabah, and the communities involved demonstrated that they were well-prepared," he said.
Meanwhile, he announced that October will be designated as National Preparedness Month. Previously focused on floods, it will now be expanded to include earthquake and landslide scenarios.
He said the simulations will cover various disaster scenarios to ensure that all parties know exactly what to do when an emergency occurs.
The training will be carried out continuously, not only in Johor but across the country, to ensure the level of preparedness remains at its best, he added. - Bernama
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mencadangkan pembinaan dua stesen seismik di Segamat untuk memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi susulan kejadian yang berlaku di daerah berkenaan pada bulan lalu.
Kewujudan stesen seismik itu dijangka dapat meningkatkan ketepatan pengesanan aktiviti seismik di Johor terutama Segamat dengan mengukur pergerakan tanah termasuk gelombang seismik seperti gempa bumi, letupan dan lain-lain sumber seismik.
Pembangunan stesen seismik di Segamat itu bakal menjadikan kerja mengesan dan mengkaji kejadian gempa bumi di negeri ini, dapat diperluaskan berikutan Johor sudah memiliki stesen sedia ada yang aktif iaitu dua di Johor Bahru selain masing-masing satu di Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang.
Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat turut merancang untuk mengadakan latihan keselamatan dan simulasi sebagai persediaan menghadapi bencana khususnya gempa bumi, bermula Oktober ini.
Terdahulu, Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor hadir pada Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi Daerah Segamat 2025 di Dewan Serbaguna Jalan Genuang Segamat, hari ini.
Pada program tersebut, YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat selaku Pengerusi JPBD Segamat memaklumkan tiada kerosakan signifikan membabitkan infrastruktur di daerah tersebut susulan gegaran akibat gempa bumi lemah dalam taklimat disampaikan.
Turut menyampaikan taklimat adalah YBhg. Datuk P. Geol. Zamri Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG); YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA serta YBhg. Tuan Maqrun Fadzli Mohd Fahmi, Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional, MET Malaysia.
