OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Latihan simulasi gempa bumi berasaskan komuniti bermula Oktober – NADMA

SEGAMAT: Kerajaan akan memulakan siri latihan simulasi bencana berasaskan komuniti di seluruh negara mulai Oktober ini bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi insiden bencana, susulan beberapa siri gempa bumi yang melanda daerah ini baru-baru ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Abdul Halim Hamzah, berkata inisiatif itu dilaksanakan bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah.

"Kerajaan mengambil tindakan serius susulan gempa bumi dan beberapa siri gegaran yang berlaku di Segamat.

"Berdasarkan Sendai Framework, kita akan melaksanakan tabletop exercise (TTX) serta latihan simulasi di bawah program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) yang melibatkan semua lapisan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi di Dewan Serbaguna Segamat, hari ini.

Beliau berkata latihan itu akan dijalankan mengikut kesesuaian kawasan di peringkat daerah, parlimen atau kampung, membabitkan komuniti setempat termasuk sekolah, pemimpin tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

"Program ini pernah dilaksanakan di Sabah tahun lepas dan terbukti sangat berkesan. Beberapa detik selepas latihan itu, berlaku insiden sebenar di Sabah dan komuniti terbabit telah bersedia menghadapinya," katanya.

Beliau menambah bulan Oktober akan diisytiharkan sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional, yang sebelum ini memberi tumpuan kepada banjir, kini turut diperluas kepada senario gempa bumi dan tanah runtuh.

"Simulasi ini akan melibatkan pelbagai senario agar semua pihak mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila berlaku insiden bencana. Latihan ini juga akan dilaksanakan secara berterusan, bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik," katanya. – BERNAMA

Hainan keluarkan amaran Taufan Tapah tahap IV

HAIKOU: Wilayah Hainan di selatan China mengeluarkan amaran taufan Tahap IV pada 8 pagi Ahad susulan pengesanan Taufan Tapah, ribut ke-16 tahun ini, lapor Xinhua.

Pada 7 pagi Ahad, pusat Taufan Tapah berada di Laut China Selatan, kira-kira 445 kilometer tenggara Daerah Dianbai di Bandar Maoming, Wilayah Guangdong, dengan kelajuan angin maksimum 23 meter sesaat berhampiran pusatnya, menurut balai pemerhati meteorologi wilayah Hainan.

Taufan Tapah dijangka bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam sambil perlahan-lahan menguat.

Ia dijangka menghampiri kawasan pantai di tengah dan barat Guangdong serta membadai antara bandar Zhuhai dan Zhanjiang dari awal pagi hingga tengah hari Ahad sebagai ribut tropika kuat atau taufan. Keamatannya dijangka beransur lemah selepas membadai daratan, menurut pihak berkuasa meteorologi.

 

Akibat taufan itu, Selat Qiongzhou dan Teluk Beibu dijangka mengalami tiupan angin timur dengan kekuatan lima pada Ahad, dengan tiupan kencang mencecah kekuatan tujuh hingga lapan semasa ribut petir.

Kekuatan angin di kawasan laut timur Pulau Hainan dijangka meningkat kepada kekuatan tujuh hingga sembilan dengan tiupan kencang mencecah kekuatan 10 hingga 11. Kawasan laut berhampiran Kepulauan Xisha dan Zhongsha pula dijangka mengalami angin kencang, mencecah kekuatan enam hingga lapan dengan tiupan kencang antara lapan hingga 10.

China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat, dengan Tahap I mewakili tahap paling serius- BERNAMA-XINHUA

Indonesia catat lebih 4,000 gempa bumi sepanjang Ogos - BMKG

JAKARTA: Indonesia digegarkan 4,071 kejadian gempa bumi pada Ogos, menurut agensi meteorologi negara itu, sekali gus menyerlahkan kerentanannya terhadap bahaya seismik.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menyatakan bahawa 4,050 gempa bumi berkenaan adalah di bawah magnitud 5.0, manakala 21 lagi melebihi tahap itu dengan 90 daripadanya dirasai penduduk.

"Gempa bumi terkuat pada Ogos ialah bermagnitud 6.3 di Sarmi, Papua pada 12 Ogos, diikuti gempa bumi dengan magnitud 5.8 di Poso, Sulawesi Tengah pada 17 Ogos," kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono dalam satu kenyataan.

Gempa bumi bermagnitud 4.7 turut melanda Karawang, Jawa Barat pada 20 Ogos, menggegarkan kawasan berhampiran Jakarta.

Daryono memberi amaran kepada orang ramai tidak mempercayai ramalan gempa bumi dan menolak dakwaan bahawa gerhana bulan boleh mencetuskan gempa, susulan spekulasi yang mengaitkan gerhana bulan penuh pada 7 hingga 8 September dengan bencana alam.

 

"Daya tarikan graviti Bulan dan Matahari sememangnya mempengaruhi pasang surut dan memberi sedikit tekanan pada kerak bumi, satu fenomena yang dikenali sebagai pasang surut Bumi, tetapi kesannya sangat kecil berbanding tenaga besar yang tersimpan di zon sesar," jelas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa mereka yang benar-benar memahami seismologi sangat berhati-hati dan tidak akan berani meramalkan gempa bumi secara terbuka.

"Tetapi mereka yang tidak mempunyai kepakaran selalunya yang paling lantang membuat ramalan," tambah beliau.

Indonesia, sebuah negara kepulauan dengan lebih 17,000 pulau, terletak di Lingkaran Api Pasifik dan mengalami ribuan gempa bumi setiap tahun, walaupun kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai.

Indonesia alami 4,071 gempa bumi sepanjang Ogos

JAKARTA: Indonesia mengalami 4,071 gempa bumi sepanjang Ogos lalu, menurut laporan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Daripada jumlah itu, 21 gempa bumi direkodkan melebihi 5.0 skala Richter, manakala 4,050 lagi gegaran berada di bawah paras tersebut, dengan kebanyakannya kecil dan tidak dirasai penduduk.

Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono, berkata, daripada ribuan gempa bumi itu, 90 daripadanya dirasai penduduk dan tiga menyebabkan kerosakan.

“Namun, gempa bumi di bawah 5.0 skala Richter lebih banyak direkodkan dan hanya sebilangan kecil yang dirasai orang ramai,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Tiga kejadian yang menyebabkan kerosakan termasuk gempa 6.3 skala Richter di Sarmi, Papua pada 12 Ogos, di Paso, Sulawesi Tengah (5.8 skala Richter) pada 17 Ogos dan gegaran 4.7 skala Richter di Karawang, Jawa Barat pada 20 Ogos.

Daryono menggesa orang ramai supaya sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi, dan memberi amaran terhadap dakwaan tidak sahih mengenai ramalan gempa bumi.

“Mereka yang benar-benar memahami seismologi sangat berhati-hati dan tidak akan sesekali membuat ramalan secara terbuka.

“Ironinya, mereka yang kurang ilmu sering menjadi pihak yang membuat dakwaan sedemikian,” katanya.

Indonesia merupakan antara negara yang paling terdedah kepada bencana di dunia kerana terletak di beberapa plat tektonik.

Negara itu kerap merekodkan ribuan gempa setiap tahun.- AGENSI

Malaysia not immune to seismic threats, disaster expert warns stronger quakes could follow Johor tremors

KUALA LUMPUR, Sept 6 — A series of minor earthquakes in Johor has highlighted the low level of public awareness on seismic risks in Malaysia, disaster management expert Raja Segaran Kuppusamy said.

The former head engineer for disaster risk reduction at the United Nations’ International Organisation for Migration (IOM) in Iraq said many Malaysians still assume the country is immune to earthquakes, even as shifting tectonic plates alter local geological conditions.

 

“People don’t believe earthquakes can happen here. They think only of floods, haze and landslides. But when tremors struck Johor, they were shocked. This shows awareness is still very limited,” he told Bernama.

He said that although Malaysia lies outside the Pacific Ring of Fire, it is increasingly affected by the active Sunda plate. Tremors in Johor should be treated as early warning signs, as stronger quakes could trigger landslides, floods, tsunamis and severe damage to roads, bridges and high-rise buildings.

Raja Segaran urged a more holistic approach at state, district and grassroots levels to raise awareness, citing Middle Eastern countries where governments practise ‘communication with communities’ to share early warnings.

Japan and China, he added, have built resilience through decades of experience and close cooperation between authorities and citizens.

He said that natural disasters can’t be avoided, but deaths and damage can be reduced with preparedness, awareness and stronger building standards.

“If we fail to implement prevention, mitigation and preparedness plans now, the risk of bigger disasters such as tsunamis, landslides and stronger quakes will rise in the future,” he noted.

He also stressed the need to integrate seismic considerations into building design, pointing out that many engineers still overlook them on the assumption that Malaysia is safe.

“Thankfully the Department of Occupational Safety and Health (DOSH) now requires all stakeholders to adopt safety design standards that can protect lives during quakes and tsunamis,” he said.

Johor has experienced at least eight tremors over the past week, including a 4.1 magnitude quake in Segamat on Aug 24 and a 2.9 magnitude tremor near Sri Medan, Parit Sulong, on Sept 3. — Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search