OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Indonesia catat lebih 4,000 gempa bumi sepanjang Ogos - BMKG

Indonesia catat lebih 4,000 gempa bumi sepanjang Ogos - BMKG

JAKARTA: Indonesia digegarkan 4,071 kejadian gempa bumi pada Ogos, menurut agensi meteorologi negara itu, sekali gus menyerlahkan kerentanannya terhadap bahaya seismik.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menyatakan bahawa 4,050 gempa bumi berkenaan adalah di bawah magnitud 5.0, manakala 21 lagi melebihi tahap itu dengan 90 daripadanya dirasai penduduk.

"Gempa bumi terkuat pada Ogos ialah bermagnitud 6.3 di Sarmi, Papua pada 12 Ogos, diikuti gempa bumi dengan magnitud 5.8 di Poso, Sulawesi Tengah pada 17 Ogos," kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono dalam satu kenyataan.

Gempa bumi bermagnitud 4.7 turut melanda Karawang, Jawa Barat pada 20 Ogos, menggegarkan kawasan berhampiran Jakarta.

Daryono memberi amaran kepada orang ramai tidak mempercayai ramalan gempa bumi dan menolak dakwaan bahawa gerhana bulan boleh mencetuskan gempa, susulan spekulasi yang mengaitkan gerhana bulan penuh pada 7 hingga 8 September dengan bencana alam.

 

"Daya tarikan graviti Bulan dan Matahari sememangnya mempengaruhi pasang surut dan memberi sedikit tekanan pada kerak bumi, satu fenomena yang dikenali sebagai pasang surut Bumi, tetapi kesannya sangat kecil berbanding tenaga besar yang tersimpan di zon sesar," jelas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa mereka yang benar-benar memahami seismologi sangat berhati-hati dan tidak akan berani meramalkan gempa bumi secara terbuka.

"Tetapi mereka yang tidak mempunyai kepakaran selalunya yang paling lantang membuat ramalan," tambah beliau.

Indonesia, sebuah negara kepulauan dengan lebih 17,000 pulau, terletak di Lingkaran Api Pasifik dan mengalami ribuan gempa bumi setiap tahun, walaupun kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search