OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Malaysia activates disaster centres early for northeast monsoon season

KUANTAN: All disaster operations control centres will be activated ahead of schedule to ensure effective monitoring before the northeast monsoon begins next month.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi announced this following the Central Disaster Management Committee meeting which he chaired.

The Malaysian Meteorological Department forecasts the upcoming monsoon season will last until March 2026 and be influenced by a weak La Niña phenomenon.

This condition could result in between five and seven episodes of continuous heavy rain, surpassing the usual average of five per season.

The meeting was attended by state secretaries who serve as chairpersons of their respective State Disaster Management Committees.

Sabah is expected to receive above-average rainfall from November through February 2026 according to the forecast.

Peak rainfall is anticipated in December across Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, and Sabah.

The risk of major floods will increase if persistent rain coincides with high tide events.

MetMalaysia will issue Continuous Rain Warnings at least three days in advance to enable swift response measures.

The Department of Irrigation and Drainage reported a significant reduction in flood hotspots from 4,619 locations last year to 3,683 this year.

This positive development results from ongoing government flood mitigation projects according to the Deputy Prime Minister.

Continued commitment from state governments remains essential to ensure effective flood prevention efforts.

The meeting approved the construction of a Permanent Disaster Relief Centre in Jerantut, Pahang to strengthen community-level disaster resilience.

This project is expected to begin in 2026 through collaboration with the state government and relevant technical agencies.

Thirty-four high-risk critical slopes across the country now have Early Warning Systems for geological disasters such as landslides.

Ahmad Zahid mandated the Department of Minerals and Geoscience to act as the national coordinator for monitoring high-risk slopes.

The department will work closely with other government agencies and private sector partners in this monitoring role. – Bernama

Malaysia tidak kebal ancaman bencana, siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

JERANTUT: Jentera pengurusan bencana negara perlu bersiap siaga sepenuhnya menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka bermula bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera kerajaan bahawa Malaysia tidak kebal daripada ancaman bencana dengan mengambil iktibar kejadian gempa bumi lemah di Segamat, Johor pada 24 Ogos lalu serta kejadian banjir dan tanah runtuh di Sabah pada awal September hingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Untuk itu, saya sudah mengarahkan supaya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua peringkat diaktifkan lebih awal bagi memastikan pemantauan dan koordinasi berjalan lancar sebelum bermulanya MTL.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan MTL 2025/2026 bermula awal November ini hingga penghujung Mac 2026 dan dipengaruhi oleh fenomena La Nina lemah. Keadaan ini membawa antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan, melebihi purata biasa lima episod setiap musim.

“Sabah dijangka mengalami hujan melebihi paras purata dari November hingga Februari 2026 manakala kemuncak hujan dijangka pada Disember 2025, melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Risiko banjir besar meningkat sekiranya hujan berterusan berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar. Oleh itu, MET Malaysia akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada, Buruk, Bahaya) sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal bagi membolehkan tindakan pantas dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Dewan Banquet Majlis Daerah di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata, dari aspek persediaan mitigasi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengesahkan terdapat pengurangan ketara lokasi panas banjir daripada 4,619 lokasi (2024) kepada 3,683 lokasi (2025) menunjukkan perkembangan positif hasil daripada pelaksanaan projek mitigasi kerajaan.

Beliau berkata, walaupun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan pesat masih menyumbang kepada risiko banjir.

“Maka komitmen negeri amat diperlukan untuk memastikan usaha pencegahan banjir dapat dilaksanakan secara berkesan,” katanya. 

Menurutnya, dalam mesyuarat itu juga, jawatankuasa bersetuju  membina Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Jerantut sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti. 

Projek tersebut, katanya, dijangka dimulakan pada 2026 dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi teknikal berkaitan.

“Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga melaporkan sebanyak 110 kejadian tanah runtuh di Pantai Barat Sabah telah berlaku sehingga 19 September 2025 yang telah mengorbankan 13 nyawa.

“Sejumlah 34 lokasi cerun kritikal berisiko tinggi kini dipasang dengan Sistem Amaran Awal (EWS) bencana geologi tanah runtuh. Saya telah memberi mandat kepada JMG sebagai penyelaras pemantauan cerun berisiko di seluruh negara serta perlu kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain dan juga pihak swasta.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kesiapsiagaan agensi-agensi kerajaan bagi menghadapi MTL 2025/2026 dan saya telah meminta supaya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melihat mekanisme pengurusan pasca bencana dengan mengambil kira peranan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat industri berkaitan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan penduduk setempat,” katanya. 

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan RM460 juta bagi pengurusan bencana 2026 semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada. 10 Oktober lalu. – UTUSAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Puluhan rumah rosak akibat gempa bumi di Jawa Timur

JAKARTA, 26 Sept: Gempa bumi bermagnitud 5.7 yang melanda wilayah Banyuwangi dan Situbondo, Jawa Timur pada jam 4.04 petang Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 51 bangunan rosak.

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) memaklumkan sehingga jam 9.20 malam, kerosakan membabitkan 49 rumah penduduk dan dua rumah ibadat.

Jurucakapnya, Abdul Muhari, berkata gegaran kuat sekitar lima saat menyebabkan orang ramai panik dan bergegas keluar rumah, namun setakat ini tiada korban jiwa dilaporkan.

“Gegaran cukup kuat dirasai di kedua wilayah sehingga membuat orang ramai panik dan kerosakan yang lumayan teruk, tetapi setakat ini tiada mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, proses pendataan dan penilaian kerosakan masih dijalankan pasukan tindak balas kecemasan BNPB.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menjelaskan pusat gempa terletak di laut, kira-kira 46 kilometer timur laut Banyuwangi dan 54 kilometer tenggara Situbondo pada kedalaman 12 kilometer, namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Sehingga jam 6.58 petang (Waktu Indonesia Barat), BMKG merekodkan 10 gempa susulan dengan magnitud maksimum 3.3.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan serta menjauhi bangunan yang rosak.

Full-scale emergency drill involving 25 agencies successfully conducted at Miri Airport

MIRI (Sept 25): A full-scale emergency response exercise involving 25 agencies was successfully conducted at Miri Airport today to test preparedness for an aircraft disaster scenario.

Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) Miri Airport operations chief Anuar Izan Suhainih said the drill simulated the crash of an incoming ATR 500 aircraft on the runway at 11.30am.

The exercise scenario involved 30 people on board, comprising four crew members and 26 passengers, including eight fatalities and 22 injuries, four of which were classified as critical.

“The full scale drill went smoothly and achieved its objectives, although minor shortcomings were identified and will be addressed in postmortem discussions,” he told a press conference following the exercise.

Anuar highlighted that MASB conducts airport disaster preparedness drills annually.

He noted that the main challenge in full-scale exercises involving multiple agencies is ensuring coordinated communication.

“A clear line of communication is vital to avoid any delays as such drills involve many different participants with their respective communication systems,” he said.

The exercise fulfilled requirements set by the International Civil Aviation Organisation, which mandates full-scale emergency exercises at least once every two years.

Participating agencies included MASB personnel, the Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Royal Malaysia Police (PDRM), Fire and Rescue Department (Bomba), Airport Fire and Rescue Services (AFRS) counterparts from Brunei Airport, Miri Port Bomba, and the Air Accident Investigation Bureau.

Other participants came from the Health Ministry, hospitals, airlines, Immigration and Customs departments, and other airport stakeholders.

Miri District Internal Security and Public Order chief DSP Sila Kadong added that 22 officers and personnel, including those at the command post, were involved in the exercise.

Sokongan pasca banjir penting untuk mangsa bangkit semula - Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Fasa pasca banjir adalah tempoh paling kritikal bagi mangsa untuk membina semula kehidupan selepas dilanda bencana.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengajak semuak pihak, khususnya sektor swasta dan individu untuk tampil membantu.

Beliau yang turun padang menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh dan banjir di Kampung Marahang dan Kampung Mook di Papar, Sabah, berkata selepas bencana, mangsa amat memerlukan memerlukan sokongan untuk membersihkan rumah, membina semula kehidupan serta kembali kepada rutin harian mereka.

Tegasnya, kehadiran pihaknya simbolik komitmen kerajaan untuk memastikan mangsa tidak dibiarkan berseorangan dalam menghadapi kesukaran selepas bencana.

"Saya mahu mereka merasakan mereka tidak pernah ditinggalkan sendirian selepas bencana. Kehadiran kami di sini adalah untuk memberi semangat dan menyampaikan mesej bahawa masih ada harapan untuk mangsa bangkit semula," katanya dalam kenyataan dikeluarkan, di sini hari ini.

Dalam tinjauan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Nordina Haron itu, Nancy turut menyampaikan bantuan melalui Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa Bencana (PEKA) oleh YKN kepada 10 keluarga terjejas.
 

Selain sumbangan wang tunai, mangsa menerima bakul makanan berisi barangan keperluan asas, beg makanan serta bantuan barangan lain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Yayasan Sime Darby.

"JKM telah berada di lapangan sejak hari pertama bencana untuk menyalurkan bantuan segera," katanya meminta lebih banyak pihak pihak tampil menyumbang kepada YKN bagi memperkasa usaha kebajikan kepada kumpulan terjejas dengan setiap sumbangan layak menerima pengecualian cukai.

"Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka serta memberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang menimpa," katanya.

 

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search