OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Radio amatur tangani masalah komunikasi ketika banjir

BESUT: Khidmat radio amatur ketika banjir dapat menangani masalah gangguan liputan komunikasi di kawasan pedalaman.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, inisiatif dilakukan dengan kerjasama kelab radio amatur yang terdiri daripada penduduk kampung di daerah ini bersama pasukan keselamatan termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Radio amatur ini digunakan untuk membantu pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi menyalurkan maklumat jika terdapat kawasan terputus perhubungan akibat banjir. Ini kerana radio amatur mampu bertahan tiga hingga lima hari meskipun terputus bekalan elektrik.

“Selain itu, ia memudahkan pihak berkuasa berhubung dengan penduduk di pedalaman dengan menggunakan frekuensi ditetapkan bagi membolehkan tindakan penyelamatan dilakukan di kawasan terlibat,” katanya selepas Program Pengendalian Bot dan Menyelamat Banjir di Taman Rekreasi Agro Darau, di sini, semalam.

Menurut Azamuddin, seramai 75 wakil penduduk diberi taklimat dan latihan sebagai langkah siap siaga berdepan banjir yang dijangka melanda awal bulan depan.

Sementara itu, katanya, sebanyak 25 buah bot gentian kaca disediakan untuk keperluan banjir di daerah ini.

“Pada masa sama, kami mengenal pasti sebanyak tujuh hotsport banjir di daerah ini antaranya Felda Tenang, Keruak, Kampung La dan beberapa lokasi lagi. Penduduk yang terlibat diminta berpindah awal bagi mengelakkan terkandas banjir dan operasi menyelamat juga dilakukan mengikut keadaan serta ke­perluan semasa,” katanya.-UTUSAN.

JPS korek, dalamkan sungai bagi lancarkan aliran banjir - Ahmad Zahid

JERANTUT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kerja-kerja mengorek dan mendalamkan sungai yang cetek di seluruh negara sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu bagi memperbaiki aliran air banjir ke laut dan memastikan air surut dengan lebih cepat, terutamanya ketika air laut surut.

"Usaha mitigasi banjir ini, membabitkan pelebaran dan pendalaman sungai, akan membantu mengurangkan kejadian banjir di kawasan tertentu.

"JPS sudah diarahkan untuk mendalamkan dasar sungai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2025 di padang bola sepak Jerantut.

Sementara itu, Zahid berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku banjir semasa MTL tahun ini, namun tidak seteruk tahun-tahun sebelumnya, termasuk banjir besar yang melanda negara pada 2022.

"Banjir besar terakhir berlaku pada akhir 2022. Sejak itu, keadaan semakin baik kecuali banjir baru-baru ini di Sabah.

"Berdasarkan maklumat daripada Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, banjir dijangka berlaku tahun ini tetapi tidak seteruk tahun 2022 atau tahun-tahun utama banjir yang lain," katanya.

Malaysia miliki keupayaan pengurusan bencana bertaraf global - Ahmad Zahid

JERANTUT: Malaysia kini mempunyai keupayaan pengurusan bencana bertaraf global hasil daripada latihan yang tersusun, kesepaduan pelbagai agensi serta kepimpinan strategik yang dibina sepanjang sedekad lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan semua pihak termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang aktif dalam misi kemanusian antarabangsa.

"Lebih membanggakan, keupayaan Malaysia kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, sampai RusSia pun datang belajar dengan kita, malah NADMA turut menyertai pelbagai misi kemanusiaan global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Bulan Kesiapsagaan Nasional (BKN) 2025 di Padang FA di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

BKN 2025 mengangkat tema "Sentiasa Siaga, Bencana Terjaga", menggambarkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan kesedaran dan kesiapsiagaan berterusan dalam kalangan masyarakat.

Ahmad Zahid berkata, BKN ini bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi medan penyatuan seluruh jentera negara di bawah pendekatan 'whole- of-government' dan 'whole-of-society'

"Saya percaya, kerajaan dan rakyat mesti bergerak seiring, kerana kesiapsiagaan sejati tidak hidup atas kertas, ia mesti hidup dalam tindakan setiap insan yang berjiwa Malaysia," katanya.

NADMA yang meraikan ulang tahun ke-10 sejak penubuhannya 1 Oktober 2015, menjadi peneraju pengurusan bencana negara dalam memastikan respons kerajaan lebih tersusun, berfokus dan berkesan dalam menangani bencana.

"Sepuluh tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam satu dekad ini, NADMA telah membina sistem pengurusan bencana yang semakin matang, moden dan menyeluruh...apa yang dahulu reaktif, kini menjadi proaktif," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) Jerantut akan dilengkapi kemudahan asas, ruang keluarga, dapur, bekalan air dan elektrik, sistem amaran awal serta pelan operasi kecemasan moden bagi memastikan bantuan dapat digerakkan cepat, teratur dan efisien.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita beliau berkata pihaknya merancang untuk membina satu PPBK di setiap satu negeri sebagai usaha jangka panjang menangani impak banjir terutama di kawasan yang dikenal pasti berisiko bencana berlaku.

Beliau berkata, lokasi pembinaan pusat ini akan dikenal pasti dan dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri dengan mengambil kira keperluan setempat serta situasi banjir.

"Selama ini, kita guna bilik darjah dan dewan sekolah tetapi tiada kemudahan mencukupi...maka kerajaan MADANI prihatin untuk bina PPBK dengan kemudahan yang cukup, namun di luar musim banjir pusat itu boleh digunakan oleh komuniti berdekatan," katanya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang BKN 2025 kali ini termasuk Rehlah Perdana MADANI Siaga, Program Jualan Usahawan Desa, Program Jualan Rahmah MADANI, serta pameran aset logistik dan jentera pengurusan bencana.

Malaysia DPM Ahmad Zahid's visit to Cambodia is to build confidence between the two countries

PHNOM PENH(Bernama): Malaysian Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi's visit is expected to play a key role in further strengthening diplomatic ties between Malaysia and Cambodia.  

His visit to Cambodia comes just weeks before the Asean Summit in Kuala Lumpur that will be held from October 26 to 28.

The visit is expected to be crucial for enhancing the existing multifaceted bilateral cooperation between the two nations.

The International Relations Institute of Cambodia’s Director-General Dr Kin Phea, said the upcoming visit of the Malaysian deputy prime minister carries significant diplomatic importance.

"The visit underscores both nations’ shared commitment to deepening bilateral relations and strengthening Asean unity at a crucial time for regional peace and stability.

"It offers an opportunity to advance cooperation in trade, investment, labour, education, and tourism, while constructively addressing pending issues and reinforcing mutual understanding,” Phea told Bernama. 

Ahmad Zahid is scheduled to visit Phnom Penh from Monday to Wednesday (Oct 13-15). 

Some highlights of Ahmad Zahid’s visit, who also serves as Rural and Regional Development Minister, include courtesy calls on Cambodian Prime Minister Hun Manet and Senate President Hun Sen.

He will also hold a meeting with Cambodian Rural Development Minister Chhay Rithisen.

On Tuesday, Ahmad Zahid is scheduled to attend a dinner with the Malaysian community in Phnom Penh

Cambodia is hosting the 47th Asean Committee on Disaster Management meeting in the capital, where regional representatives will discuss risk assessment related to natural disasters. 

Ahmad Zahid will participate in the 13th Asean Ministerial Meeting on Disaster Management and the 14th Conference of the Parties to the Asean Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) and Related meetings.

The meetings come at a time when the region is grappling with frequent natural disasters such as typhoons, earthquakes, and landslides.

Asean member countries such as Laos, Myanmar, and Vietnam have suffered severely from weather-related calamities affecting livelihoods, farmlands, and properties in recent months. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search