SHAH ALAM: Seorang wanita terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, dipercayai susulan ribut yang melanda sekitar daerah Kuala Langat, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata wanita berusia 51 tahun itu dapat diselamatkan dan cedera di pinggang dan paha.
Terdahulu, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 4.24 petang yang memaklumkan berlaku runtuhan di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang.
Komander operasi melaporkan kejadian membabitkan runtuhan bangunan pejabat penyelaras DUN yang mana terdapat seorang mangsa wanita berumur 51 tahun terperangkap bawah runtuhan.
"Mangsa dalam keadaan sedar dan pada jam 5.05 petang, mangsa dikeluarkan dan cedera di pinggang dan paha sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Runtuhan juga membabitkan sebuah surau KAFA berhampiran berkeluasan 3,000 kaki persegi yang mana terdapat anggaran tujuh ke sembilan orang pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan.
"Semua mangsa dirawat oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi," katanya. Terdahulu, tular di media sosial kejadian ribut dan angin pusaran berlaku di sebuah sekolah rendah di Banting, Kuala Langat, hari ini.
Beberapa video dan gambar yang memaparkan kerosakan teruk dialami sekolah berkenaan turut tular.
Menerusi satu video 40 saat dipercayai dirakam oleh kakitangan sekolah di lokasi berkenaan, kelihatan sampah termasuk kepingan bumbung sekolah berterbangan dalam bentuk pusaran angin.
Dalam video lain pula, kelihatan sebahagian bumbung sekolah turut roboh sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan sekolah.
Selain itu, terdapat juga rakaman sampah sarap memenuhi jalan serta pokok tumbang dipercayai lokasi berdekatan sekolah terbabit.
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan Kuala Langat sedang menjalankan pemeriksaan struktur serta penilaian keselamatan terhadap beberapa bangunan awam yang rosak di Telok Panglima Garang, Selangor akibat dilanda ribut petang tadi.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya antara premis terjejas apabila bumbungnya mengalami kerosakan dan JKR menasihati pihak sekolah agar menangguhkan sesi persekolahan sehingga keselamatan struktur bangunan dapat dipastikan.
“Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Selangor juga sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sistem pendawaian bangunan terjejas sebagai langkah awal mengelakkan kemalangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata blok baharu di bawah program Sekolah Berkepadatan Tinggi yang baru diserahkan turut mengalami kerosakan kecil pada penutup bumbung dan kontraktor diarahkan melaksanakan pembaikan segera.
“JKR sedang menyediakan anggaran kerja pembersihan serta perlindungan aset bagi mengelakkan kerosakan lebih serius. Saya telah mengarahkan agar semua tindakan dilaksanakan segera dengan sewajarnya,” katanya.
Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa insiden runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, Kuala Langat.
“Setakat ini, saya dimaklumkan seorang wanita cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan dan berjaya diselamatkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan.
“Beberapa murid turut dilaporkan cedera ringan apabila runtuhan berlaku di surau Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berhampiran lokasi kejadian,” katanya.
Beliau menasihati orang awam supaya menjauhi kawasan terjejas bagi mengelak kejadian tidak diingini serta menyeru semua pihak menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Terdahulu, seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bumbung Dewan Wawasan Kampung Medan yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, susulan ribut dan hujan lebat petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dilapor berkata bumbung sebuah premis bersebelahan dewan yang menempatkan surau KAFA turut runtuh, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh murid cedera ringan.-TVS
KUALA LUMPUR: The Malaysian Armed Forces and China’s People’s Liberation Army have officially launched their bilateral exercise Aman Youyi 2025.
The nine-day joint training programme will run until October 23 across multiple strategic locations in Malaysia.
The Strait of Malacca was selected as a primary location due to its status as one of the world’s most crucial maritime channels.
Conducting drills in this area reflects both nations’ commitment to ensuring security and stability of this strategic sea lane.
More than 1,000 military personnel from both nations are participating in land, naval and air exercises.
The National Disaster Management Agency and Malaysia’s Special Search and Rescue Team are also taking part in humanitarian and disaster relief drills.
Aman Youzi 2025 aims to strengthen interoperability between the Malaysian and Chinese forces.
It also seeks to reinforce the concept of integrated security and deepen strategic cooperation in maintaining regional peace and stability. – Bernama
TPM Ahmad Zahid seru strategi pengurusan bencana ASEAN yang inklusif & lestari di Kemboja
- Admin UKK
- Berita
PHNOM PENH, 15 Okt: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menyeru pendekatan yang inklusif dan lestari dalam menangani bencana alam yang menjejaskan rantau Asia Tenggara.
Beliau berkata Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) bukan sekadar kerjasama serantau tetapi satu pakatan kukuh untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda semasa bencana.
“Marilah kita memperbaharui komitmen bersama untuk membina ASEAN yang bersedia menghadapi bencana, berpusatkan rakyat dan dihormati dunia kerana peranannya sebagai peneraju dalam usaha membina ketahanan menghadapi bencana.
“Ketahanan bukan hanya berkaitan sistem dan teknologi, tetapi juga tentang manusia. Ia perlu bersifat holistik, inklusif dan lestari, sambil memastikan tiada siapa yang tercicir,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana ke-13 dan Persidangan Pihak-Pihak kepada AADMER ke-14 di sini pada Rabu.
Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Malaysia akan menyumbang RM420,000 (US$100,000) kepada Tabung Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN bagi menyokong inisiatifnya.
Beliau juga mencadangkan tiga tonggak utama untuk pelan mitigasi bencana yang lebih menyeluruh, iaitu inovasi dan teknologi, perkongsian dan solidariti, serta keterangkuman dan ketahanan komuniti.
“Kita mesti memanfaatkan data, kecerdasan buatan dan platform digital untuk meningkatkan tindakan jangkaan serta sistem amaran awal bagi mengesan risiko sebelum menjadi tragedi.
“Kerajaan tidak boleh melakukannya sendirian. Kita memerlukan masyarakat sivil, sektor swasta dan rakan global untuk bersama-sama.
“Kita mesti memperkasa kepimpinan tempatan, memberi ruang kepada perspektif gender dan melindungi mereka yang paling terdedah,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan kepada kerajaan serantau bahawa Malaysia bersedia bekerjasama dengan semua negara anggota untuk merealisasikan visi ini – ke arah sebuah ASEAN yang menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan melindungi mata pencarian.
Ahmad Zahid menyuarakan mesej penting itu ketika Asia Tenggara berdepan pelbagai bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan kemarau, yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi, memusnahkan mata pencarian petani serta infrastruktur penting.
Meskipun rantau ini dikurniakan sumber asli yang banyak daripada mineral hingga gas dan minyak mentah, ia turut terdedah kepada bencana alam yang boleh mengekang kemakmuran ekonomi bagi kira-kira 670 juta penduduknya.
Dalam ucapan alu-aluannya, Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn berkata Asia Tenggara adalah sebuah rantau yang kaya dengan kepelbagaian dan dinamik, namun ia juga antara kawasan paling terdedah kepada bencana di dunia.
“Risiko yang kita hadapi semakin kompleks. Perubahan iklim mendorong bencana alam yang lebih kerap dan teruk, manakala urbanisasi pesat serta kerentanan teknologi menambah dimensi baharu risiko,” katanya.
Pemimpin ASEAN sedang memperkukuh mekanisme pengurusan risiko semula jadi ketika petani dan komuniti luar bandar di Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam terus menderita akibat bencana berkaitan cuaca saban tahun, yang menolak ribuan orang ke kancah kemiskinan.
“Kita juga mesti terus membina kapasiti di peringkat nasional dan tempatan untuk membantu komuniti mencegah, mengurangkan, bersedia, bertindak balas serta pulih daripada bencana dan kecemasan dengan lebih berkesan.
“Pelaburan jangka panjang dalam ketahanan dan perlindungan akan membantu mengurangkan kesan bencana serta melindungi nyawa, mata pencarian dan kemajuan pembangunan,” kata Kim Hourn. – TVS
KUALA LUMPUR: Perintah Tetap Operasi (PTO) Bencana Gempa Bumi Jilid V bertarikh 23 Disember 2011 adalah panduan agensi kerajaan, terutama agensi tindak balas bagi menangani bencana gempa bumi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beberapa siri latihan dan program kesedaran atau kesiapsiagaan bencana gempa bumi juga sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pelaksanaan siri latihan itu turut membabitkan pelbagai cabang agensi kerajaan di pelbagai peringkat Persekutuan, negeri serta daerah.
Katanya, dua siri program dilaksanakan di Johor dengan inisiatif serta kerjasama kerajaan negeri bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi kesiapsiagaan dan kecekapan tindak balas agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan sukarela untuk mendepani bencana itu, tahun ini.
"Selain itu, dua siri program sudah dilaksanakan di Sabah dan Selangor, tahun lalu.
"Tindakan proaktif sentiasa diusahakan NADMA bagi membina daya tahan dan kesiapsiagaan semua pihak dalam menghadapi bencana.
"NADMA juga sentiasa merancang dan menambah baik program latihan membabitkan pelbagai pihak, termasuk komuniti bagi menjamin keselamatan serta kebajikan rakyat dalam aspek pengurusan bencana dan bukan bencana," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai pelaksanaan program kesedaran dan latihan kecemasan gempa bumi membabitkan agensi kerajaan, termasuk NADMA.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana di Malaysia tertakluk kepada Arahan NADMA No. 1.
Dokumen itu, katanya, menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana serta pengurangan risiko bencana, merangkumi perintah dan kawalan ketika pengendalian bencana dan disokong PTO bagi setiap jenis kejadian bencana.
"Dokumen ini jelas menggariskan peranan serta tatacara pengendalian bencana perlu dipatuhi, sama ada di peringkat jawatankuasa pengurusan bencana mahupun setiap agensi terbabit dalam fasa kejadian bencana iaitu sebelum, semasa atau selepas berlakunya sesuatu bencana.
"NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara, sentiasa bersiap siaga dan komited memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan negara menangani kesan pelbagai bencana alam, termasuk gempa bumi," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
