OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

No respite as Putra Heights pipeline fire victims face floods

Residents of Kampung Kuala Sungai Baru and Kampung Tengah, who are still reeling from the April 1 gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, were hit by floods yesterday morning.

Heavy rain that started early yesterday forced residents in both villages to be moved again to the temporary relief centre at Masjid Putra Heights.

Mohd Kamalzaman Pauzi, 39, said his house, located less than 100 metres from the river in Kampung Kuala Sungai Baru, got flooded around 6am, forcing him, his wife and their three young children to be evacuated to the relief centre.

“The river water began to rise around 4.20am, but we only moved out of our home when the situation worsened.

“We have moved back here (to the relief centre) within a week. I haven’t even had time to get over the fire and now we have been hit by floods,” he said.

Kamalzaman said since moving to the rented house five years ago, they have been hit by floods three times. The worst ones were in December 2022 and March 2023.

“Both times, we had to move to higher ground near the tahfiz. “We had to use ropes to get across because of the river’s strong currents,” he said.

Kamalzaman added that this time, he could only watch helplessly as rainwater poured into the house as the roof, which was damaged by the gas pipeline fire, had yet to be repaired.

“The roof over our kitchen area was affected by the fire, so all the items there get drenched whenever it rains,” said the burger seller.

Hundreds in 5 Selangor districts hit by floods

FIVE districts in Selangor were hit by floods yesterday morning due to continuous rain that began around 1am. Selangor Civil Defence Force director Ghazali Abd Rahman said the affected districts were Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat and Gombak.

“In Petaling, the areas flooded included Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Tengah, Kampung Baru Hicom, Kampung Seri Aman, Kampung Padang Jawa, and the motorcycle lane along the Federal Highway (Shah Alam).

“In Klang, flash floods were reported in Bukit Payung; Taman Daya, Meru; Pekan Meru, Taman Mutiara, and Taman Sri Muda.

“In Sepang, the affected areas included Kampung Abu Bakar Baginda, Sungai Merab and Desa Vila Merab,” he said when contacted yesterday.

Ghazali said areas hit in Hulu Langat included Laman Gahal and Batu 14, while in Gombak it was along Jalan Ayer Panas.

While the total number of flood victims in the state has yet to be determined, hundreds have been affected, including 137 people in Meru, Klang alone.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari confirmed one fatality due to electrocution — a foreign national in Taman Sri Muda, Shah Alam.

He said Tenaga Nasional Bhd had been notified to cut off electricity supply in the affected areas to prevent further incidents. “We also urge victims to switch off their power supply.

“Although the flood situation has improved slightly, especially after the rain, which fell continuously from midnight until this (yesterday) morning, we still advise caution,” he said during a press conference yesterday.

According to the “Public Info Banjir” website, as of 10am, the water level in Taman Sri Muda, Shah Alam, had exceeded the danger level of five metres by 0.09 metres, before gradually receding. Traffic also began improving as the rain eased, police said.

Affected areas in Taman Sri Muda included Persiaran Budiman, Persiaran Jubli Perak, Persiaran Perusahaan Seksyen 23, Aeon Big Seksyen 23, Jalan Mantap Seksyen 25/129, and the Shell petrol station in Seksyen 19.

In Gombak, a minor landslide damaged a house at an Orang Asli village in Batu 12, Gombak, around 5am yesterday.

“We deployed a fire engine and six personnel to the area,” Selangor Fire and Rescue Department director Wan Md Razali Wan Ismail said. No casualties were reported.

 

HUJAN PAGI MENCURAH!

Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata antara daerah terlibat ialah Petaling dengan kedalaman air 0.61 meter di kebanyakan kawasan termasuklah di Kampung Tengah, Puchong yang menyaksikan 20 rumah dinaiki air.

Beliau berkata kejadian melibatkan enam mangsa, namun keadaan air statik dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

“Di Kampung Seri Aman, Puchong pula, sebanyak 30 rumah dinaiki air juga melibatkan 120 orang mangsa, namun trend air dalam keadaan menurun,” katanya.

Sementara itu, di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, 20 rumah terlibat dengan tiga mangsa dan air dilaporkan naik secara perlahan.

Di daerah Klang pula, Ahmad Mukhlis berkata kawasan terjejas ialah di Taman Sri Jaya yang menyebabkan 10 rumah dinaiki air dan lapan mangsa terjejas berjaya dibawa keluar, selain PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

Beliau berkata di daerah Hulu Langat, banjir dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang yang mengakibatkan 12 rumah dinaiki air dengan air kedalaman 1.12 meter dan 15 mangsa berjaya dibawa keluar serta trend air dalam keadaan menurun.

SPNB bina semula kediaman musnah

Kuala Lumpur: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina semula 81 kediaman yang musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas di Putra Heights dengan kos dibiayai oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris berkata, daripada jumlah itu, 48 unit membabitkan kediaman di Taman Putra Harmoni manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.

Katanya, pembinaan semula itu dilaksanakan menerusi Pelan Tindakan Pemulihan dan Pembinaan Semula yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, kelmarin.

Bagaimanapun, model kediaman yang akan dibina masih belum dimuktamadkan.

“Apabila kajian penuh SPNB dikeluarkan minggu depan, sebelum pelaksanaan dimulakan, kami akan berjumpa dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu.

“Pertemuan itu bagi mendapatkan persetujuan mereka (penduduk dan pemilik rumah), sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan pembinaan semula itu,” katanya secara eksklusif kepada Buletin TV3.

Sebelum pelaksanaan dimulakan, kami akan membuat perjumpaan dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu”

Setakat ini, tiga mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi terlibat telah diadakan, selain beberapa siri lawatan ke lokasi.

Beliau memaklumkan beberapa kontraktor akan dibawa ke tapak kejadian esok untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.

DIUJI DENGAN BANJIR PULA!

“Keadaan kami sekarang diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Saya baru rasa mental baik sedikit susulan kehilangan rumah sewa lama yang musnah sepenuhnya dalam insiden letupan itu, tetapi kini berdepan dengan banjir pula.”

Itu luahan Norsalawati Zakaria, 42, penduduk Kampung Kuala Sungai Baru di sini yang terjejas susulan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.

Kampung Kuala Sungai Baru antara beberapa kawasan di Selangor yang turut terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi namun air di kampung berkenaan sudah surut kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Norsalawati berkata, rumah sewa lamanya musnah sepenuhnya dalam insiden berkenaan dan kini mereka sekeluarga sudah menyewa rumah baharu di kampung sama kira-kira satu kilometer (km) dari rumah lama

Bagaimanapun, katanya, rumah sewa baharunya turut dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda kampung berkenaan pagi semalam menyebabkan pakaian mereka sekeluarga ditenggelami air.

“Ketika kejadian saya berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights dan anak sulung berusia 19 tahun yang tidur di rumah sewa beritahu rumah kami dinaiki air kira-kira 4 pagi.

“Saya dan suami pergi ke rumah untuk mengalihkan kereta dan motosikal. Ketika itu paras air dalam rumah bawah lutut (kira-kira lebih satu meter) dan sekarang kami sedang membersihkan rumah kerana akan mula masuk pada Sabtu ini,” katanya di sini, semalam.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia sedih dengan ujian yang menimpa mereka namun mengakui reda dengan ujian bertimpa itu walaupun mereka kini diibaratkan tinggal sehelai sepinggang selepas rumah lama termasuk barang mereka musnah dalam kejadian itu.

“Kejadian berlaku ketika kami pulang beraya di kampung di Sungkai, Perak dan kami hanya ada pakaian yang dibawa pulang ke kampung itu saja selain pakaian disumbangkan orang ramai. Sekarang baju kami semua sudah basah namun nasib baik barang elektrik belum beli lagi. “Sedih melihat keadaan rumah sewa lama yang sudah

Paras air Sungai Klang mula tinggi sejak awal pagi diduduki 16 tahun lalu masih terasa dan kini seperti mahu mulakan hidup baru di rumah sewa baharu tetapi dilanda banjir pula namun apa yang boleh kami buat selain terus bersabar,” kata suri rumah itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung berkenaan yang dikenali sebagai Ima, 38, berkata, sebahagian bumbung rumahnya rosak akibat insiden letupan berkenaan dan walaupun rumahnya tidak dinaiki air namun hujan lebat menyebabkan siling rumah di bahagian bumbung yang rosak itu menyerap air.

“Paras air Sungai Klang di tepi rumah mula tinggi sejak awal pagi namun rumah saya tidak dinaiki air kerana berada di atas bukit cuma dua jalan yang menghubungkan rumah saya dengan kawasan lain dinaiki air menyebabkan kami tak boleh pergi ke mana pagi tadi (semalam).

“Tompokan air pada siling rumah juga sudah semakin besar dan saya bimbang jika hujan berterusan siling boleh runtuh serta boleh menimpa kami terutama anak yang masih kecil,” katanya.

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search