Perasmian Weather Climate and Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia 6th Regional Workshop
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Perasmian Kursus Incident Command System (ICS): Modul Planning Section Chief
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Jun 2024 - Telah berlangsung Perasmian Kursus Incident Command System (ICS): Modul Planning Section Chief yang dirasmikan oleh YBrs. En Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA. Kursus ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 10 Jun hingga 14 Jun 2024 di Dewan Wawasan, Markas SMART, Puchong. Kursus ini merupakan kerjasama sinergi di antara NADMA dan USFS dalam menerapkan konsep ICS di dalam pengurusan bencana ke arah yang lebih komprehensif dan efektif. Seramai 22 peserta yang menghadiri kursus ICS terdiri daripada pelbagai Agensi, Kementerian & NGO.
SESI LIBAT URUS NADMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024: MESYUARAT PENYELARASAN PERUNTUKAN BENCANA NADMA DAN SISTEM DGIM KUALA TERENGGANU | 10 JUNE 2024
Telah berlangsung Sesi Libat Urus NADMA Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA dan Sistem DGIM yang bertujuan untuk:
(i) Mengenal pasti dan mendapatkan maklum balas mengenai garis panduan tatacara pemberian BWI dan garis panduan tatacara perbelanjaan peruntukan pengoperasian bencana MTL yang telah diperkenalkan semasa sesi jerayawara tahun 2023 bagi persediaan MTL 2023/2024;
(ii) Memantau peruntukan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana MTL 2023/2024 serta lain-lain perbelanjaan di bawah NADMA;
(iii) Memberi penjelasan mengenai permohonan senarai penerima bantuan bencana untuk dikemaskini dalam Sistem e-Pasca di bawah NADMA;
(iv) Mendapatkan status perbelanjaan pembaikan dan naik taraf PPS dan pembinaan PPKB
(v) Mendapatkan senarai NGO yang telah berdaftar di bawah Rakan NADMA di setiap negeri; dan
(vi) Memperkenalkan Sistem DGIM bagi tujuan pelaporan perbelanjaan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian MTL 2023/2024 secara bulanan, pelaporan profil daerah dan negeri, pelaporan pergerakan NGO di lapangan.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Jun 2024 - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menghadiri perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun Tahun 2024 yang bertempat di Dewan De Seri Endon PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya.
14 Mei 2024 - Telah berlangsungnya satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 yang telah dipengerusikan olah YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana peringkat pusat. Turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan Agensi-agensi Teknikal serta Agensi-agensi Tindak Balas.
Mesyuarat dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) bahawa negara dijangka menerima hujan pada paras purata di kebanyakan tempat dan sedikit atas purata (Sarawak dan barat Sabah) dalam tempoh Monsun Barat Daya yang bermula Mei sehingga September 2024. Selain itu, MET Malaysia juga meramalkan peralihan kepada El Niño and the Southern Oscillation (ENSO) neutral dijangka berlaku pada pertengahan 2024 manakala La Nina dijangka mula terbentuk pada suku ketiga 2024.
Dalam mesyuarat yang sama juga saya turut melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia. Buku garis panduan ini yang dihasilkan NADMA dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam serta sokongan daripada agensi Kerajaan, ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) adalah bertujuan untuk memastikan program CBDRM ini dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Negeri dan Daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia selaras dengan matlamat untuk membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan (resilient community) terhadap bencana melalui aktiviti kesiapsiagaan. Garis panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang NADMA di www.nadma.gov.my.