AMARAN KENAIKAN PARAS LAUT
- Admin UKK
- Berita
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran kenaikan paras laut yang berisiko mengakibatkan limpahan air laut di pesisir pantai di beberapa negeri.
Situasi itu diramal menjejaskan kawasan di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak dengan keadaan itu dijangka berlarutan hingga Selasa depan.
MetMalaysia juga meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah Timur dijangka berlarutan bagi tempoh sama.
Keadaan itu katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter dengan ia berbahaya kepada bot kecil.
“Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka membadai perairan Sarawak hingga Selasa depan dengan ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 m dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah Barat dan Labuan bagi tempoh sama.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut,” katanya, semalam.
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Selat Melaka, barat daya Samui, Tioman, Condore, Bunguran, utara dan selatan South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi hingga jam 2petang ini.
Keadaan itu katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m, selain berbahaya kepada bot kecil.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka di perairan barat Samui, Sulu hingga Selasa depan, yang berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di perairan timur Samui, Tioman, Labuan, selatan Bunguran, Palawan hingga Selasa depan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran kenaikan paras laut yang berisiko mengakibatkan limpahan di pesisir pantai beberapa negeri.
Keadaan itu diramal menjejaskan kawasan di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak yang dijangka berlarutan hingga Selasa depan.
Metmalaysia juga meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah Timur, juga dijangka berlarutan bagi tempoh sama.
Keadaan itu, katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter (m) yang berbahaya kepada bot kecil.
“Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka membadai perairan Sarawak hingga Selasa depan.
“Ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah Barat dan Labuan bagi tempoh sama.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Metmalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Selat Melaka, barat daya Samui, Tioman, Condore, Bunguran, utara dan selatan South, Layang-layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi hingga jam 2petang ini.
Keadaan itu, katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m, selain berbahaya kepada bot kecil.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka di perairan barat Samui, Sulu hingga Selasa depan, yang berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 50 hingga 60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di perairan timur Samui, Tioman, Labuan, selatan Bunguran, Palawan hingga Selasa depan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.
KOTA BHARU - Satu kes rogol remaja bawah umur dilaporkan berlaku di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini semasa banjir pada 2 Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam itu membabitkan seorang gadis berusia 15 tahun dan suspek lelaki berusia 23 tahun juga buruh binaan.
“Perlakuan mereka diketahui abang gadis berkenaan sebelum keluarganya bertindak membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada Jumaat.
Menurutnya, susulan itu, lelaki terbabit ditahan pada 6 Disember lalu dan dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.
“Pada 12 Disember lalu, suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan mengaku tidak bersalah.
“Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 14 Januari ini dan tidak ada jaminan ditawarkan,” katanya.
Mohd Yusoff memberitahu, selain kejadian rogol berkenaan, enam lagi kes jenayah berlaku semasa banjir baru-baru ini membabitkan empat kes pecah rumah dan masing-masing satu kes berkait curi kenderaan serta cabul.
“Tiga kejadian pecah rumah, satu kes curi kenderaan dan satu kes cabul berlaku di Tumpat.
“Satu lagi kes pecah rumah berlaku di Pasir Mas,” katanya.
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 Nov lepas.
“Ini susulan petempatan mereka di Kampung Seberang Batu Badak masih digenangi banjir termenung.
“Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.36 meter (trend menurun),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Segamat, Kluang dan Tangkak dijangka cerah, sementara Muar, Mersing, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai pula diramalkan mendung pagi ini.
— BERNAMA
IFE salur bantuan mangsa banjir Kedah
- Admin UKK
- Berita
Lumpur: Yayasan Ekonomi Kewangan Antarabangsa (IFE) menunjukkan solidariti yang tinggi dengan menyalurkan bantuan komprehensif kepada mangsa banjir di Kedah baru-baru ini.
Di bawah kepimpinan Naib Presiden, Aida Lim Abdullah, yayasan ini bekerjasama rapat dengan Khidmat Malaysia Negeri Kedah untuk melaksanakan inisiatif bantuan kemanusiaan yang meluas.
Sebanyak 500 set pek makanan dan 180 set tilam telah diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Pokok Sena, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Alor Setar, Sik, Jerlun dan Padang Terap.
Menurut Ketua Operasi Khidmat Malaysia Kedah, Mohd Saifuddin Hassan, setiap kawasan yang dikaji dan terjejas, diperuntukkan dengan 30 set tilam, 50 hingga 100 set pek makanan yang mengandungi makanan asas seperti beras dan gula.
Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya di Bilik Operasi Khidmat Malaysia, Markas Pas Kawasan Pokok Sena.
Hadir sama adalah beberapa wakil kerajaan negeri termasuk Dr Mohd Suffian Yusoff, Ustaz Nurul Amin Hamid, Muhammad Radhi Mat Din dan Rashidi Razak.