KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 5 petang ini.
Menerusi ramalan cuaca yang dikeluarkan pada jam 2.40 petang tadi, MetMalaysia memaklumkan negeri terbabit ialah seluruh Perlis dan Perak manakala di Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena,Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
Selain itu, di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), di Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong).
Amaran sama turut dikeluarkan di seluruh Wilayah Persekutuan dan di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau).
Sementara itu, di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah pula ialah pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
Orang ramai boleh merujuk media sosial rasmi dan laman web www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini.
RAWANG: Polis telah menemui paip gas bawah tanah yang meletup di Putra Heights dan proses analisa sedang dilakukan oleh pasukan forensik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses itu berjalan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Menurutnya lagi, laporan awal berhubung kebakaran berkenaan dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi.
“Daripada pihak polis, siasatan masih berjalan dari segi kecuaian atau pun khianat.
“Siasatan bagi pihak DOSH masih berjalan dan begitu juga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
“Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi kita akan keluarkan laporan awal kerana sudah hampir selesai dan kita sudah jumpa paip yang meletup,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Balai Polis Country Homes oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Pada 1 April lalu, saluran paip gas milik Petronas terbakar dengan api menjulang lebih 30 meter selain suhu mencecah 1,000 darjah celsius.
Situasi itu sekali gus menyebabkan pihak bomba terpaksa mengambil masa selama hampir lapan jam untuk mengawal kebakaran sepenuhnya.
Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, namun masih boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.
Dilaporkan, seramai 111 mangsa masih mendapatkan rawatan di beberapa hospital termasuk Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya serta Hospital Putrajaya.
PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana melanda Selatan Bali, Indonesia pada pukul 12.34 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa tersebut berukuran 5.3 magnitud.
“Kejadian berlaku di 11.5 darjah Selatan dan 115.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). Ia terjadi 321km Selatan dari Denpasar, Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE
Gempa bumi landa Utara Laut Maluku
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Utara Laut Maluku pada pukul 8.51 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa kuat tersebut berukuran 5.7 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 0.4 darjah Utara dan 125.0 darjah Timur dengan kedalaman 57 kilometer (km). Ia terjadi 105km Selatan dari Tomohon,Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR — A total of 211 flood victims are still at relief centres in Sabah and Johor as of 8 am today.
In SABAH, the Secretariat of the State Disaster Management Committee said that the number of flood victims increased slightly to 155 people from 54 families this morning, compared with 152 people (54 families) yesterday.
“Six villages are still affected by floods in Beaufort, and all the victims are at a permanent relief centre (PPK) in Selagon, Beaufort,” it said.
In JOHOR, State Disaster Management Committee chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani, in a statement, said the number of flood victims remained at 56 people, involving 17 families, this morning and they are at two temporary relief centres (PPS) which were opened in Segamat since last Monday.
The PPS at Balai Raya Kampung Batu Badak accommodates 41 victims from 12 families, while the remaining 15 victims (five families) are at the PPS at Dewan Komuniti Kampung Tasek. — BERNAMA
