OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Mission to set up field hospital in Myanmar put on hold - Mohamad

TAPAH: The mission to deploy medical officers to Myanmar to set up a field hospital, which was scheduled to depart yesterday, has been postponed at the request of Myanmar’s authorities, said Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

He said the Myanmar government had requested the postponement as they were still identifying a safe and strategic location for the hospital’s operations, which was part of Malaysia’s humanitarian aid efforts following the devastating earthquake on March 28.

“The area we are heading to is hostile and dangerous. We will be deploying many surgeons and medical teams from the Armed Forces Hospital, so their safety is our priority,” he told reporters after visiting the Batu Tiga District Polling Centre here today.

Mohamad said he had contacted his counterpart, U Than Swe, to convey Malaysia’s stance that it would not compromise on the safety of its people.

Meanwhile, he said the humanitarian mission was not a reflection of Malaysia’s recognition of the current Myanmar government but was instead aimed at helping the people affected by the catastrophe.
 
On April 15, Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin was reported as saying that the Malaysian Armed Forces Field Hospital would be set up in Myanmar, with medical teams scheduled for deployment on Wednesday (yesterday).
 
 

Anwar jumpa Min Aung Hlaing, bincang situasi gempa bumi

BANGKOK (Thailand): Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, di sini petang tadi dan membincangkan situasi gempa bumi serta soal bantuan kemanusiaan.

Beliau berkata, perbincangan berlangsung secara jujur dan membina, tertumpu kepada keperluan kemanusiaan yang mendesak bagi rakyat Myanmar.

Katanya, ini termasuk keperluan segera untuk menempatkan hospital medan dan kepentingan mengembalikan negara berkenaan kepada keadaan normal.

“Saya menyambut baik langkah-langkah terkini untuk meredakan ketegangan termasuk pembebasan 4,800 tahanan malam ini.

“Isyarat seperti ini amat bermakna,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.

Pertemuan bermula pada jam 3.30 petang tadi di sebuah hotel di sini dan berlangsung selama lebih sejam.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang juga Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN.

Menurut Anwar, beliau akan bertemu dengan wakil-wakil daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) pagi esok.

“Kami (ASEAN) terus menggalakkan semua pihak untuk terlibat secara serius demi kestabilan Myanmar dan kesejahteraan rakyatnya,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, buat pertama kali, seorang ketua ASEAN akan mengadakan pertemuan dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

“Walaupun ASEAN masih berpegang pada Konsensus Lima Perkara sebagai syarat utama kerjasama dengan Myanmar, pertemuan ini diadakan atas dasar kemanusiaan.

“Gempa bumi melanda Myanmar baru-baru ini agak parah dan Jemaah Menteri bersetuju meneruskan bantuan termasuk melalui hospital sementara yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu mengorbankan 3,706 orang, dengan 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang setakat Selasa lalu.

Anwar describes meeting with Myanmar junta leader as "frank, constructive"

BANGKOK: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today held a meeting with Senior General Min Aung Hlaing, chairman of the State Administration Council of Myanmar, to discuss the country's earthquake situation and humanitarian aid.

He said the "frank and constructive" discussion focused on the urgent humanitarian needs of the Myanmar people including the immediate deployment of a field hospital as well as the importance of returning the country to normalcy.

Anwar said he also welcomed recent steps to ease tensions, including yesterday's release of 4,800 detainees.

"Such gestures are a meaningful signal. We continue to encourage all parties to engage seriously in the interest of Myanmar's stability and the wellbeing of its people," he said.

The 3.30pm meeting, held at a hotel here, lasted around an hour. Also present was former Thai prime minister Thaksin Shinawatra, who also heads the informal advisory group to the Asean chair.

Anwar said he would be meeting representatives from Myanmar's National Unity Government (NUG) tomorrow.

Anwar had previously said that this would mark the first that an Asean chair would meet with Senior General Min Aung Hlaing.

He said while Asean still upholds the Five-Point Consensus as the main condition to working with Myanmar, the meeting was held on humanitarian grounds.

 

Putra Heights: PKNS tawar rumah pada harga lebih rendah

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan rumah kosong untuk disewa dan dibeli dengan harga lebih rendah kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya telah berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan kediaman kosong di bawah pengurusan PKNS dimanfaatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Jelas beliau, rumah yang ditawarkan itu berada di beberapa lokasi strategik seperti Shah Alam yang meliputi Seksyen 6, 7, dan 13 selain Kuala Lumpur dan Bangi.

“Antara jenis rumah yang disediakan PKNS termasuk rumah teres, semi-D, banglo dan kondominium.

“PKNS mempunyai banyak rumah kosong tetapi penempatan bergantung kepada lokasi dan keperluan mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis Jalinan Aidilfitri PKNS di sini semalam.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan RM1 juta kepada Tabung Selangor Prihatin yang turut disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, kata Mahmud, harga sewaan rumah pula ditetapkan pada kadar lebih rendah daripada pasaran dan kos sebenar.

“Kami faham ada mangsa yang masih perlu membayar pinjaman rumah atau kereta yang musnah dalam tragedi itu.

“Oleh itu kami tidak akan mengambil keuntungan dan sewaan hanya cukup untuk membayar air, elektrik dan sedikit kos penyelenggaraan,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan menguruskan agihan berdasarkan kesesuaian.

“Mangsa yang memerlukan bantuan perlu memohon melalui kerajaan Selangor dan LPHS, bukannya terus kepada PKNS. Kerajaan negeri akan menentukan faktor kelayakan dan lokasi penempatan berdasarkan keperluan mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, Mahmud berharap inisiatif itu dapat meringankan beban mangsa sementara menunggu proses pembinaan semula rumah atau penyelesaian lain. – UTUSAN

Saya ingat ajal sudah sampai – Mangsa tragedi letupan Putra Heights

SUBANG JAYA: “Saya betul-betul rasa ajal sudah sampai. Memang tidak sempat hendak fikir apa-apa, saya keluar dari rumah dan terus terjun sungai untuk selamatkan diri.”

Demikian luahan seorang peniaga, Ahmad Abdullah, 65, ketika mengimbas semula detik cemas letupan saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru dekat sini itu berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat disusuli gegaran sebelum bergegas menyelamatkan diri bersama ahli keluarga pada pagi kejadian.

“Masa itu saya sekeluarga berada di rumah, anak cucu semua masih tidur. Ketika kejadian, saya sempat capai telefon, kemudian kami semua lari bertempiaran.

“Saya masa itu tak fikir apa-apa, terus selamatkan diri terjun sungai. Kemudian pegang batu di tepi. Hampir dua jam saya berlindung di situ.

“Bunyi letupan sangat kuat sehingga bulu roma saya meremang. Itulah kali pertama saya dengar bunyi deruan sekuat itu, memang menakutkan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam.

Dalam kejadian 1 April lalu, saluran paip gas Petronas di Persiaran Harmoni, Putra Heights meletup dan mengakibatkan telah mengakibatkan lebih 50 buah rumah di taman perumahan itu dan Kampung Kuala Sungai Baru rosak sepenuhnya akibat terkena bahang api.

Menurut Ahmad, suasana ketika itu sangat kelam-kabut sehinggakan ramai jiran tetangganya lari sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan berharga.

Katanya, rumahnya turut mengalami kerosakan akibat letupan, namun bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

“Atap rumah saya rosak dan berlubang-lubang, tapi syukur masih boleh didiami,” ujarnya.

Abdullah bagaimanapun berkata, sehingga kini ia masih belum menerima sebarang bantuan kewangan walaupun maklumat dirinya telah didaftarkan kepada beberapa agensi yang turun padang.

“RM5,000 tak dapat, RM3,000 pun tak dapat. Bila pergi tanya, mereka kata nama saya tidak ada dalam senarai,” ujarnya. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search