OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Gas Malaysia secures additional gas volumes for customers affected by Putra Heights fire

GAS Malaysia Berhad (Gas Malaysia), a member of the MMC Group, has secured additional gas volumes via the Trans Thailand-Malaysia (TTM) gas pipeline system. 

This is part of the latest development on the recovery of gas supply in affected areas following the transmission gas pipeline fire incident at Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. 

 

“This development has significantly improved the gas supply to the affected areas in Klang Valley and other parts of the Northern region of Peninsular Malaysia. 

“Gas Malaysia has mobilised its technical workforce to restore gas supply progressively. As of today (April 17), we are pleased to announce that gas supply has been successfully restored to 259 out of 275 of its affected customers,” Gas Malaysia said in a statement.

Concurrently, Petronas Gas Berhad has announced that the current best estimate for the restoration of gas supply is by July 1, 2025. 

Hence, customers are strongly advised to use the supplied gas within the recommended capacity to maintain the integrity and safety of the gas distribution network. 

 

 

“Gas Malaysia sincerely appreciates the patience and understanding of our customers during this challenging time. “We remain committed to maintaining the highest standards of safety and operational integrity,” it added. 

Gas Malaysia said it will continue to work closely with regulators, authorities and relevant stakeholders to provide the necessary support to its customers. — TMR

Pelan tindakan mitigasi banjir KLASS masih ikut jadual - MBDK

KLANG: Klang Sustainable Stormwater Plan (KLASS) iaitu pelan tindakan mitigasi banjir untuk tempoh lima tahun akan datang masih mengikut jadual dan perancangan meskipun beberapa kawasan daerah Klang dilanda banjir kilat pada 11 April lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd Hamid Hussain, berkata pihaknya mengambil iktibar daripada kejadian berkenaan dengan menjadikannya sebagai indikator penting bagi memantapkan perancangan sedia ada.

"Semua perlu tahu KLASS adalah pelan selama lima tahun. Jadi, projek yang sedang dijalankan adalah berperingkat dan perlu melalui pelbagai proses termasuk perolehan dan jajaran. Mustahil untuk dilaksanakan serta-merta.

"Oleh itu data yang diterima daripada kejadian banjir kilat baru-baru ini boleh digunakan oleh kami (MBDK) untuk menguji keberkesanan pelan sedia ada," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri MBDK di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd Hamid berkata pihaknya telah menghantar notis kepada pemaju di bawah pentadbiran MBDK untuk memastikan sistem perparitan diselenggara dan menyediakan kolam takungan berdekatan kawasan projek masing-masing bagi mengelakkan banjir.

 

Beliau berkata MBDK juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak khususnya pemilik premis perniagaan yang tidak cekap menguruskan sampah sehingga menyebabkan kelancaran sistem saliran dan perparitan di daerah Klang terganggu.

"MBDK juga akan mengambil tindakan kepada pemaju atau pemilik kediaman yang sesuka hati melakukan pembinaan melintasi sistem saliran dengan mereka akan diarahkan membuka atau membina semula saliran itu," katanya. – BERNAMA

Johor govt disburses RM3.27mil in flood aid to unregistered victims

JOHOR BARU: Johor government has channelled RM3.27 million in financial aid to 1,089 flood-affected households who did not register at temporary relief centres during the fifth wave of the northeast monsoon (MTL) disaster.

Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said payments of RM3,000 each would be disbursed in the second phase of the state's relief initiative today and tomorrow, involving six district offices across Johor.

"The aid is part of a proactive move by the state to ensure assistance reaches victims, even as the appeal period remains open until the end of April," Onn Hafiz said in a statement today.

The first round of payments was made on March 27, shortly after the state began receiving appeals from victims who had missed registration at relief centres during the floods.

The 1,089 appeals were submitted to district offices in Johor Baru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, and Batu Pahat as of April 11.

 

The special financial aid is jointly managed by the state government in collaboration with the National Disaster Management Agency (Nadma), the Johor Islamic Religious Council (MAIJ), local authorities, and the Johor Housing Development Corporation (PKPJ).

Eligible flood victims who have yet to submit appeals still have time to do so at their respective district offices by April 30, with a third phase of disbursement planned for May.

"The Johor government remains fully committed to supporting those affected by the floods and easing their burden," Onn Hafiz added.

 

1,089 mangsa banjir Johor terima bantuan khas fasa kedua

JOHOR BAHRU – Seramai 1,089 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) gelombang kelima tetapi tidak mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM3,000 setiap seorang pada Khamis dan Jumaat ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan sebanyak RM3.26 juta telah disediakan bagi pembayaran fasa kedua.

"Bantuan kedua ini merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

"Bayaran fasa pertama telah dilaksanakan pada 27 Mac lalu, manakala pembayaran fasa ketiga akan dibuat pada bulan Mei, selepas tarikh tutup rayuan pada akhir April ini.

 

"Walaupun tempoh rayuan masih dibuka, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk menyampaikan bantuan secara berperingkat bagi memastikan mereka yang terjejas dapat dibantu segera," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Menurut Onn Hafiz, rayuan masih boleh dikemukakan di enam pejabat daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat.

"Kerajaan negeri menzahirkan komitmen untuk terus membantu mangsa banjir demi kesejahteraan dan kestabilan hidup rakyat yang terkesan. "Semoga segala bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir serta memberi sinar harapan untuk mereka bangkit semula," katanya.

Banjir yang melanda negeri ini pada 19 Mac lalu disifatkan penduduk terjejas sebagai antara yang terburuk pernah berlaku selepas bencana banjir besar pada 2006, 19 tahun lalu.

Bencana itu melibatkan beberapa daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Komuniti perlu lebih prihatin

"Putra Heights meletup!!!" Itulah yang meniti di bibir rakyat Malaysia ketika negara sedang sibuk menyambut lebaran tahun ini. Insiden yang berlaku pada 1 April 2025 sekitar jam 8:08 pagi itu berpunca daripada kebocoran saluran paip gas bawah tanah, sekali gus mencetuskan letupan besar disusuli kebakaran berlarutan yang mengambil masa untuk dipadam. Walaupun tragedi ini berlaku di satu lokasi, kesannya menggegarkan seluruh negara. Ia membuka mata bukan sahaja pihak industri dan kerajaan, malah seluruh masyarakat untuk lebih mengambil berat tentang risiko tersembunyi yang mungkin wujud di sebalik keselesaan kawasan kediaman yang kita anggap selamat.

Dalam tempoh negara sedang memproses kejutan ini, sewajarnya kita tidak membiarkan isu ini berlalu pergi begitu sahaja. Sebaliknya, inilah masanya untuk rakyat berganding bahu bagi memastikan persekitaran tempat tinggal masing-masing benar-benar selamat. Sehingga kini, ramai penduduk bandar menganggap tinggal berhampiran stesen minyak sebagai satu kelebihan. Akses yang mudah, kemudahan runcit 24 jam dan lokasi yang lazimnya berada di laluan utama menjadikan kawasan berhampiran stesen minyak pilihan yang strategik, malah sering dianggap nilai tambah kepada hartanah. Namun, tragedi Putra Heights telah mengubah persepsi ini secara drastik. Letupan besar yang berlaku tidak berpunca daripada kelalaian biasa seperti merokok atau menggunakan telefon bimbit di stesen minyak, amaran yang sudah lama dikempenkan kepada masyarakat, tetapi daripada sesuatu yang tidak kelihatan dan sukar dijangka iaitu paip gas yang tertanam di bawah tanah.

Mengambil iktibar daripada bencana ini, kita tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau syarikat utiliti untuk menjamin keselamatan kawasan tempat tinggal. Peranan komuniti kini perlu diperkasa dalam usaha mencegah insiden seperti ini daripada berulang. Komuniti perlu tampil lebih proaktif, iaitu bukan sahaja mengambil tahu apa yang wujud di sekitar kawasan kediaman, tetapi turut memantau, melapor dan bertindak apabila melihat sebarang tanda luar biasa.

Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan oleh masyarakat biasa untuk berperanan dalam hal yang kelihatan begitu teknikal dan kompleks ini?

Langkah pertama bentuk jawatankuasa keselamatan komuniti yang melibatkan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pemilik infrastruktur. Jawatankuasa ini bertindak sebagai penghubung maklumat, saluran komunikasi dan suara bersama mewakili kebimbangan serta cadangan penduduk. Melalui jawatankuasa ini, pihak berkaitan boleh diminta memberi taklimat berkala berhubung potensi risiko di kawasan berkenaan.

Langkah seterusnya mendapatkan maklumat rasmi kedudukan infrastruktur berisiko seperti saluran paip gas, kabel voltan tinggi atau zon bahaya yang lain. Maklumat ini perlu dikongsi secara meluas kepada penduduk melalui saluran komunikasi sama ada menerusi mesyuarat komuniti, risalah keselamatan atau pertemuan bersama pihak berkuasa. Kefahaman terhadap tanda amaran, simbol keselamatan dan batasan kawasan berisiko perlu dipupuk agar setiap penduduk dapat mengenal pasti isyarat bahaya dengan lebih cekap.

Pemetaan risiko kawasan perumahan juga langkah penting dalam perancangan jangka panjang. Tujuannya untuk mengenal pasti dan menanda lokasi berisiko seperti paip gas bawah tanah, suis elektrik berkuasa tinggi, loji rawatan, stesen minyak serta kawasan yang sukar dilalui ketika kecemasan. Maklumat ini kemudian digunakan untuk merangka pelan tindak balas kecemasan yang jelas dan praktikal. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mendidik penduduk mengenai tindakan sewajarnya semasa kecemasan, tetapi juga membina kesepaduan komuniti dalam menghadapi situasi luar jangka.

Proses pemetaan risiko ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk wakil penduduk, pihak berkuasa tempatan, bomba dan syarikat utiliti. Di sinilah peranan institusi akademik boleh dimanfaatkan, khususnya golongan penyelidik dan pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kejuruteraan dan perancangan bandar dan pelabagai bidang ilmu lain untuk membantu komuniti mengenal pasti potensi risiko melalui kajian lapangan dan cadangan berbentuk ilmiah. Namun, segala perancangan ini tidak akan bermakna sekiranya wujud sikap sambil lewa dalam kalangan penduduk. Kerap kali berlaku situasi yang mana seseorang melihat sesuatu yang mencurigakan seperti bau gas yang luar biasa atau kerja tanah yang dijalankan tanpa papan tanda keselamatan, tetapi memilih untuk mendiamkan diri dengan harapan 'orang lain akan laporkan'. Sikap sebegini perlu dibuang. Dalam soal keselamatan, setiap saat sangat berharga. Bertindak awal mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Setiap individu harus merasa bertanggungjawab, bukan hanya kerana ia kewajipan moral, tetapi kerana mereka adalah yang paling dekat dengan potensi bahaya itu.

Tragedi Putra Heights membuka mata kita bahawa keselamatan bukan tanggungjawab seorang, tetapi tanggungjawab bersama. Tanggungjawab ini bermula dengan satu langkah kecil iaitu keprihatinan yang dibantu oleh komuniti, disokong oleh pihak berkuasa dan diperkukuh oleh sokongan akademia yang bersedia turun padang demi kesejahteraan bersama. Pihak berkuasa lebih menghargai laporan awal yang sahih daripada penyesalan yang hanya muncul setelah segalanya musnah. Oleh itu, jangan takut bertindak, bukan kerana ingin menjadi wira, tetapi kerana kita semua berhak untuk kekal selamat di kediaman yang sepatutnya menjadi ruang perlindungan bagi semua.

Penulis Pensyarah Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti tun Hussein Onn Malaysia

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search