OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Bina pintu kunci air atasi banjir dengan segera - EXCO Selangor

SHAH ALAM: Pintu kunci air akan dibina di beberapa lokasi yang sering dinaiki air sebagai langkah segera mengatasi masalah banjir di Selangor.

EXCO Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Ir Izham Hashim, berkata antara lokasi yang dikenal pasti memerlukan pintu kunci air adalah Kampung Baru Hicom, Shah Alam; Padang Jawa, Klang serta Kampung Tengah dan Kampung Seri Aman di Puchong.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah diminta untuk meneliti beberapa lagi kawasan lain sekali gus mengelakkan banjir berulang lagi.

"Kita dapati ada pihak berkuasa tempatan (PBT) tiada pintu kunci air, hanya JPS yang ada (pintu kunci air).

JPS (akan) pam air keluar dan satu lagi (PBT) menolak air. Jadi kerja mengepam air jadi sia-sia.

 

"Justeru, langkah segera kita bina pintu kunci air. Kita akan mohon peruntukan negeri supaya kerja ini dapat dijalankan secepat mungkin," katanya hari ini.

Izham berkata, ketika ini lebih 90 projek tebatan banjir membabitkan peruntukan hampir RM4 bilion sedang dijalankan dan memerlukan masa beberapa tahun bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

"Tempoh masa diperlukan seawal proses pembinaan seperti reka bentuk selain beberapa aspek lain namun memberi jaminan masalah tidak lagi berlaku sekiranya projek siap.

"Seperti di Taman Mutiara, Klang, kita terima aduan dan kolam takungan (di kawasan itu) hampir siap dan sudah berfungsi," katanya.

Hujan lebat berterusan pada awal pagi Jumaat lalu menyebabkan lebih 1,000 penduduk sekitar Petaling dan Klang terjejas banjir dengan lebih 200 keluarga dilapor berpindah ke enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara lokasi dinaiki air ialah Taman Sri Muda, Padang Jawa dan Meru, Klang.

 
 

Two Filipino tourists injured in Thailand's Khao Yai landslide, park section closed

BANGKOK: Two tourists from the Philippines were injured on Wednesday (April 16) after days of heavy rain triggered a landslide on a trail in Khao Yai National Park.

Following the incident, the park’s Haew Narok Waterfall section was closed to visitors.

Chaiya Huayhongthong, Chief of Khao Yai National Park, said he had ordered the indefinite closure of the Haew Narok Waterfall area to allow for a thorough inspection and to ensure tourist safety before reopening.
 

According to Chaiya, the landslide occurred on the path leading to the waterfall, where the two tourists were walking at the time.

Both were injured when soil and debris slid down from the mountain.

Park officials promptly evacuated the injured tourists and transported them to a nearby hospital for treatment.

Chaiya added that he believed the landslide was caused by several consecutive days of rainfall, which saturated the mountainous soil, increasing the risk of slope failure.

Meanwhile, a Facebook page titled “Here is Khao Yai” clarified that some news outlets had incorrectly reported the incident as a collapse of the Haew Narok Cliff.

The page explained that it was, in fact, a landslide, and that the two injured tourists were simply in the wrong place at the wrong time. - The Nation/ANN

Ribut, angin kencang di 9 negeri sehingga pukul 2 pagi

PETALING JAYA –  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, sembilan negeri akan mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 2 pagi nanti.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, antara negeri terlibat adalah Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Pahang ia melibatkan kawasan sekitar Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Untuk Johor pula ia melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat,”katanya.

MetMalaysia menambah, hujan lebat dan ribut petir juga akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Untuk Sarawak pula, ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.

“Di Sabah ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Storm warning: Thunderstorms, heavy rain expected over seven states, two FTs until 2am Thursday

KUALA LUMPUR: The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a weather warning, with thunderstorms and heavy rain forecast in seven states and the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya until 2am Thursday (April 17).

 

In a statement Wednesday (April 16), MetMalaysia said the areas affected include Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan and Rompin), Selangor, Negri Sembilan, Melaka and Johor (Tangkak, Segamat, Muar and Batu Pahat).

In Sarawak, the areas affected are Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tg Manis and Daro), Kapit (Song and Kapit), Bintulu (Tatau), Miri and Limbang while in Sabah, the areas affected are Interior (Sipitang, Tenom and Nabawan), and Sandakan (Tongod).

The public is advised to visit www.met.gov.my or MetMalaysia’s official social media channels and download the myCuaca application for the latest accurate information.

 

‘Tengah bawa kereta terasa bergoyang, kuat ribut malam ini’

PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang malam ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati antara kawasan yang terlibat termasuklah Shah Alam, Puchong, Lembah Pantai, Wangsa Maju serta sekitar ibu kota.

Menurut seorang pengguna di Shah Alam yang dikenali sebagai Siti memaklumkan, ribut bersama hujan lebat itu berlaku kira-kira pukul 10 malam.

“Tengah bawa kereta terasa bergoyang, angin kuat sangat malam ini,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi keadaan ibut di Pasar Chow Kit sebentar tadi.

“Tengah lepak minum, sekali dia mai, lintang pukang cari tempat teduh. Kekadang fikir juga apalah nasib peniaga-peniaga kecil ini.

“Hanya mencari nafkah untuk dimakan untuk keluarga, ketika ribut melanda habis semua barang-barang mereka basah,”kata pengguna terbabit.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sembilan negeri mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang sehingga pukul 2 pagi nanti.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara negeri yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.-KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search