OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama strategik pengurusan bencana

JAKARTA, 21 April – Malaysia menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama Indonesia dalam aspek pengurusan bencana, termasuk pertukaran kepakaran dan pendekatan dengan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun skala bencana di Malaysia tidak sebesar yang dihadapi Indonesia, aspek latihan dan persediaan tetap perlu ditingkatkan demi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jadi kita telah menawarkan diri untuk mengundang rakan-rakan, terutamanya Ketua BNPB, untuk berkunjung ke Malaysia. Bukan untuk mempelajari tetapi untuk memahami apa yang sedang dan akan kita lakukan. Saya juga yakin pasukan dari Malaysia telah datang ke sini untuk mempelajari dan mendapatkan maklum balas bagi meningkatkan ilmu dalam menangani bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia serta Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) di sini, hari ini.

Tambah beliau, kunjungan pasukan dari Malaysia ke Indonesia membolehkan mereka memahami sistem pengurusan bencana negara jiran itu sekali gus memperluas ilmu dan pengalaman untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara.

Local Malaysia commends AHA centre’s prompt response to Myanmar earthquake

JAKARTA: Malaysia, as the Chair of ASEAN in 2025, has commended the ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) for its prompt response in managing the aftermath of the earthquake that struck Myanmar late last month.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Malaysia also welcomes the activation of the response mechanism under the Standard Operating Procedures for Regional Standby Arrangements and Coordination of Joint Disaster Relief and Emergency Response Operations (SASOP), which facilitates the deployment of regional assets and humanitarian support.

Ahmad Zahid, who also chairs Malaysia’s National Disaster Management Committee, said the prompt and effective coordination clearly demonstrates the AHA Centre’s vital role in ASEAN’s collective disaster response framework.

“The regional solidarity shown by all ASEAN member states through the deployment of search and rescue teams, humanitarian aid, and essential supplies clearly reflects the strong ASEAN spirit,” he said.
 
He was speaking during his visit to the headquarters of Indonesia’s National Disaster Management Agency (BNPB) and the AHA Centre here on Monday.
 
According to the Information Team of Myanmar’s State Administration Council, the 7.9-magnitude earthquake that struck Myanmar on March 28 claimed 3,726 lives, injured 5,105 people, and left 129 still unaccounted for as of April 18.
 

The tremors were also felt in neighbouring countries including Thailand.

Ahmad Zahid further emphasised the importance of upholding the “One ASEAN, One Response” principle, saying it must go beyond rhetoric and be reflected in joint actions by ASEAN nations during times of disaster.

Commenting on the visit, Ahmad Zahid expressed admiration for BNPB’s preparedness, stating that Malaysia’s National Disaster Management Agency (NADMA) could learn much from its Indonesian counterpart in coordinating emergency response operations.

“While Malaysia has only one Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) to respond to all types of disasters, BNPB has SMART teams specialised in various areas such as fires, floods, earthquakes, volcanic eruptions, and maritime accidents,” he noted.

Ahmad Zahid is currently on a three-day official visit to Indonesia, which concludes tomorrow.

Malaysia puji tindakan pantas AHA Centre tangani kesan gempa bumi di Myanmar

Oleh BERNAMA

JAKARTA: Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, hari ini memuji tindakan pantas Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) dalam menangani kesan gempa bumi yang melanda Myanmar pada hujung bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia turut menyambut baik pengaktifan mekanisme tindak balas bawah Prosedur Operasi Standard bagi Pengaturan Siap Sedia Serantau dan Penyelarasan Bantuan Bencana Bersama dan Tindak Balas Kecemasan (SASOP) bagi memudahkan pergerakan aset serta sokongan serantau untuk bantuan kemanusiaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata, penyelarasan yang pantas dan cekap berkenaan jelas membuktikan peranan penting AHA Centre dalam rangka kerja tindak balas bencana kolektif ASEAN.

"Perpaduan serantau yang ditunjukkan oleh semua negara anggota ASEAN melalui penempatan pasukan mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan serta bekalan penting, jelas membuktikan semangat ASEAN yang kuat," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke ibu pejabat Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dan AHA Centre, di sini.
 

Gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu telah meragut sekurang-kurang 3,726 nyawa dan menyebabkan 5,105 orang cedera, manakala 129 lagi masih hilang setakat 18 April.

Gegaran turut dirasai negara berhampiran, termasuk Thailand.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan kepentingan menegakkan prinsip 'One ASEAN, One Response' sebagai komitmen yang melampaui retorik dan ia dizahirkan dalam tindakan bersama sebagai gabungan negara ASEAN dalam mendepani bencana.

Mengulas mengenai lawatan berkenaan, beliau menzahirkan perasaan kagum terhadap kesiapsiagaan BNPB.

Beliau sekali gus percaya banyak perkara boleh dipelajari oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan.

"Kita hanya ada satu (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) SMART Team yang akan menangani semua jenis bencana, tetapi BNPP mempunyai SMART Team dalam semua sektor seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, letusan gunung berapi dan kemalangan di laut," katanya.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari yang berakhir esok.

 
 

Hospital Medan Malaysia di Sagaing, Myanmar beroperasi secara rasmi

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM) secara rasmi hari ini dalam Operasi Bantuan Kemanusiaan (Op Starlight III) di daerah Sagaing, Myanmar.

Markas ATM berkata, hospital berkenaan mula beroperasi jam 8.20 pagi waktu Myanmar (9.50 pagi waktu Malaysia) di daerah berkenaan yang juga antara kawasan paling terjejas akibat gempa bumi.

"HMM yang diuruskan Tim Op Starlight III adalah HMM Tahap Dua dengan kapasiti 20 katil, turut dilengkapi dengan kemudahan seperti wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi, makmal dan menawarkan dua kepakaran iaitu pembedahan am dan ortopedik.

"HMM Tahap Dua berkeupayaan melaksanakan pelbagai bentuk rawatan kritikal termasuk prosedur pembedahan dan penjagaan pesakit secara menyeluruh.

"Antara keupayaan HMM Tahap Dua, termasuk pelaksanaan dua pembedahan secara serentak pada satu-satu masa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Markas Angkatan Tentera Malaysia berkata selain itu, HMM Tahap Dua Op Starlight III turut menyediakan perkhidmatan klinik pesakit luar di mana perkhidmatan ini dijangka menerima sekitar 80 ke 100 pesakit luar dari kalangan penduduk sekitar.

Katanya, perkhidmatan ini turut dibantu oleh tiga pegawai perubatan dari Hospital Sagaing.

"Ketua Menteri Wilayah Sagaing, Myint Naing dan Panglima Biro Operasi Khas bagi Wilayah Yangon, Leftenan Jeneral Thet Pon, turut hadir selepas pembukaan operasi HMM bagi menyatakan dukungan serta meninjau keperluan tambahan Tim Op Staight III," katanya.

Pada 19 April lalu, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing melawat persiapan pengoperasian HMM sebagai bukti pengiktirafan dan komitmen kerajaan Myanmar terhadap usaha Malaysia.

Sejak pembukaannya secara rasmi, HMM menerima aliran pesakit tanpa henti dari kawasan sekitar dan beberapa daripadanya dirujuk oleh Hospital Sagaing.

Tim Op Starlight III berjaya melaksanakan pembedahan pertama pada jam 10.30 pagi waktu Myanmar (12.00 tengah hari waktu Malaysia).

Penduduk tempatan yang hadir turut menyatakan penghargaan mereka terhadap usaha Malaysia menubuhkan HMM kerana ia memberi makna besar kepada mereka terjejas akibat bencana gempa bumi.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search