PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDI Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record

Mac 2023 - Petang tadi telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDi Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record bertempat di Markas SMART Pulau Meranti.

MARDICorp menyumpangkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Nissan Navara kepada NADMA untuk kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana mendatang dan operasi bantuan pada masa akan datang. Penggunaan aset yang disumbangkan ini diharapkan juga dapat membantu dalam menghadapi misi-misi bantuan seperti misi bantuan banjir, saluran bantuan makanan ke kawasan pedalaman, menjalankan kerja-kerja kawasan terpencil yang tidak dapat diakses oleh kenderaan berat dan lain-lain lagi. 

Upacara penyerahan kenderaan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MARDICorp, Zaidi  Shahrim kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus di Ibu Pejabat SMART. 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search