PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Pemberian Bantuan Wang Ihsan Kepada Keluarga Tragedi Batang Kali

28 Disember 2022 - Pada 16 Disember 2022 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM10,000 bagi setiap mangsa yang kehilangan nyawa. Sebanyak RM310,000 telah diperuntukkan untuk waris mangsa yang meninggal dunia di dalam tragedi tersebut. Hari ini, YB Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) telah menyampaikan BWI Kematian kepada 2 waris mangsa iaitu:
 
a) Encik Tong Chee Kong yang kehilangan isteri dan anak lelaki; (RM 20,000); dan
b) Puan Siti Esah Hassan yang kehilangan anak perempuan (RM10,000)
 
Setakat hari ini, waris kepada 11 mangsa meninggal dunia telah menerima BWI kematian. Manakala urusan penyaluran BWI Kematian kepada 20 lagi waris mangsa yang meninggal dunia dan BWI kepada 45 mangsa yang selamat akan disalurkan dalam masa terdekat. Mangsa-mangsa yang terlibat adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. 
 
Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM480 rib kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
bagi membolehkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja penyiasatan tapak cerun runtuh di laluan B66 seksyen 14.0 Jalan Batang Kali - Genting
Highlands, Hulu Selangor.
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanTanggungjawabBersama
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search