Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kuala Besut 1, Terengganu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
20 Disember 2022 - Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kuala Besut 1, Terengganu. Tinjauan YAB Timbalan Perdana Menteri bertujuan untuk melihat keadaan banjir yang semakin membimbangkan khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Β
Keadaan ini berlaku setelah hujan lebat berterusan dan taburan hujan seperti di Daerah Besut ini meningkat 3 kali ganda daripada taburan hujan biasa akibat luruan kedua Monsun Timur Laut. Lantaran itu, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meminta pihak Angkatan Tentera Malaysia melalui Menteri Pertahanan untuk memobilisasikan aset-aset yang tidak terlibat dengan banjir untuk ditempatkan di kawasan yang sedang dilanda banjir seperti di kawasan Pantai Timur ini.
Β
Demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri memohon agar seluruh penduduk yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu. Mengikut Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, Negeri Terengganu masih berada di paras Bahaya dan sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.
Β
Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.
Β
Β
