Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Tengah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Oktober 2022 - Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Tengah telah dirasmikan oleh YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid bertempat di Ipoh, Perak.
Wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dari Negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur hadir dalam usaha memantapkan peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan berkaitan, seperti yang telah digariskan dalam Arahan MKN No.20
Objektif utama bengkel adalah untuk memastikan kefahaman agensi-agensi terlibat terhadap fungsi dan peranan masing-masing sepertimana Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (MKN20).
Platform ini juga akan dapat membantu agensi-agensi berkaitan menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Kunci kepada kejayaan sesuatu operasi bencana adalah bergantung kepada koordinasi yang cekap, menyeluruh dan pantas.
Kesiapsiagaan terhadap bencana perlu melibatkan kerjasama bersepadu di antara agensi kerajaan, bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuklah orang perseorangan.