Perasmian Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir kerjasama NADMA, TNB dan Kerajaan Negeri Terengganu.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
27 September 2022 ~ Perasmian Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir kerjasama NADMA, TNB dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En. Meor Ismail Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (O) NADMA, hadir sama Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Rohaimy Md Isa, Pengurus Besar TNB Terengganu, Tn. Hj. Mohamad Mohyddin Mohd Noor, Pengarah Pertahanan Awam negeri Terengganu, Lt. Kolonel (PA), Mohd Rosman Abdullah dan Penguasa Kanan Bomba II, Mohammad Basri Kamarazaman.
Sebanyak 26 Jabatan/Agensi negeri dan persekutuan selain melibatkan 14 Jabatan/Agensi peringkat daerah (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang).
Risiko bencana empangan adalah penting untuk diketahui oleh Komuniti. Antara punca berlaku bencana adalah apabila hujan berterusan di hulu sungai yang menyebabkan limpahan kandungan air, berlaku gempa bumi dan kegagalan kegagalan struktur empangan.
Tahap kesiapsiagaan sesebuah Agensi Kerajaan yang berkaitan termasuk orang awam dalam menghadapi bencana adalah merupakan faktor penentu bagi memastikan sesuatu misi yang dipertanggungjawabkan itu berjaya atau sebaliknya.
Sehubungan itu, NADMA selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana Negara mengadakan program latih amal ini dengan melibatkan semua pihak berkepentingan. Ianya bertujuan bagi meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan (resilient) terhadap bencana.