Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon Timur
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 September ~ Hari ke-3 Bengkel Pengurusan Bencana bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi Zon Timur.
Pagi ini para peserta menyertai Table Top Exercise (TTX) yang merupakan gambaran simulasi untuk merancang dan membuat tindakan secara strategik ketika berhadapan dengan situasi kritikal atau bencana. Sebagai persiapan siaga bencana, peserta diberi pendedahan kepada isu-isu lapangan melalui senario bencana yang berbeza kepada yang bertanggungjawab membuat keputusan di PKTK dan PKOB negeri.
Latihan simulasi berkala yang diadakan setiap tahun ini merupakan langkah proaktif NADMA dalam memberi pendedahan yang berterusan kepada kumpulan pengurusan bencana.
Menerusi bengkel sebegini, NADMA dapat membuat penilaian serta penambahbaikan kepada garis panduan serta pelan kontigensi sedia ada bagi memastikan kesinambungan pengurusan bencana yang berkesan.
Selain itu, NADMA juga dapat menilai serta menambahbaik keberkesanan komunikasi di pelbagai peringkat merangkumi operasi di lapangan, taktikal di peringkat negeri dan strategi diperingkat pengurusan bencana pusat.