PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

26 September 2020 - Sekitar Program Masyarakat Berdaya Tahan: Persediaan dan Pengurangan Risiko Pandemik kepada Komuniti Masjid Bandar Utama, Seri Iskandar, Perak anjuran Mercy Malaysia. Program pada hari ini telah dirasmikan oleh En Hussain bin Moh, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial m, NADMA Malaysia

Previous Next

23 September 2020 - En Zakaria Bin Hj Shaaban, Timbalan Ketua Pengarah (O) Agensi Pengurusan Bencana Negara menyempurnakan aktiviti menampal stiker kereta rasmi NADMA, Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Ruang Lobi Blok D5, Kompleks D.
Hadir sama En Mohamad Azhan Bin Md. Amir, Timbalan Ketua Pengarah (PB), Pengarah-Pengarah Bahagian dan juga warga kerja NADMA.
Previous Next

23 September 2020 - Majlis penyerahan stiker kereta Kempen Pembudayaan Norma Baharu kepada Pasukan Rela di Pondok Pengawal Kompleks D, oleh En Mohamad Azhan Bin Md. Amir, Timbalan Ketua Pengarah (PB) untuk diagihkan kepada orang ramai yang berurusan di Kompleks D.

Previous Next

15 Ogos 2020, Kundasang - Petang ini YB Datuk YB Datuk Seri Redzuan Bin Md Yusof Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah merasmikan majlis penutup Program Pengurusan Risiko Berasaskan Komuniti (CBDRM) bertempat di Sekolah Kebangsaan Mesilou, Kundasang, Sabah. Program anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini dijayakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mercy Malaysia (MERCY), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Institut Geologi Malaysia (IGM) dan NGO NADIM.
Program CBDRM ini merupakan kesinambungan daripada program-program bersama komuniti yang telah diadakan sejak tahun 2015 oleh NADMA dan rakat strategik UTM serta rakan-rakan kolaborasi yang lain. Di dalam ucapan perasmian beliau, Dato Seri Redzuan memaklumkan bahawa pelaksanaan program CBDRM pada kali ini adalah bertepatan dengan lanskap risiko bencana yang dihadapi oleh masyarakat di Kundasang. Program ini juga turut mengambilkira saranan daripada pihak United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) dan usaha kerajaan untuk membangunkan strategi dan pelan tindakan pengurangan risiko bencana di peringkat tempatan seterusnya memperkasakan tahap kesiapsiagaan komuniti setempat yang terjejas teruk dan menerima impak secara langsung daripada kejadian bencana termasuk krisis pandemik Covid19.
Dengan tema, “ Mempertingkatkan Daya Tahan Bencana Komuniti Dengan Memahami Risiko Bencana Dan Kegiatan Pengurangan Risiko Bencana Yang Dipimpin Komuniti”, CBDRM Kundasang 2020 juga diadakan sempena memperingati 5 tahun kejadian gempa bumi Sabah yang berlaku pada tahun 2015 yang telah menyumbang kepada beberapa kejadian bencana susulan seperti tanah runtuh, banjir dan banjir lumpur di daerah ini.
Kumpulan sasar CBDRM ini telah dan sentiasa diberi pendedahan sebegini kerana komuniti tempatan mempunyai peranan yang sangat penting dalam pengurusan bencana kerana mereka merupakan kumpulan paling hampir dengan kawasan bencana dan mangsa bencana. Komuniti tempatan juga lebih arif dengan kawasan persekitaran dan mempunyai maklumat tentang penduduk dan mangsa. Kelebihan ini akan memudahkan akses dan mempercepatkan proses menyelamat mangsa-mangsa bencana.
Menurut YB Datuk Seri Redzuan perlaksanaanprogram kali ini agak istimewa keranapenekanan yang menyeluruh turut diberikan berhubung pematuhan garis panduan (SOP) berkaitan penularan wabak COVID-19 berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Masyarakat diberi kesedaran tentang kepentingan kebersihan diri dan penjagaan kendiri menggunakan kaedah interaktif melalui modul khas Pengursangan Risiko Pandemik (PPR) yang disampaikan oleh pihak MERCY. Program CBDRM ini juga diisi dengan aktiviti pendidikan dan kesiapsiagaan bencana yang melibatkan pelajar di pelbagai peringkat, dalam mengurangkan impak bencana dengan perlaksanaan modul-modul melibatkan pelajar, guru-guru, ibu bapa dan penduduk tempatan yang berkaitan. Program yang diselaraskan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri ini telah melibatkan 150 orang peserta, termasuk pihak urusetia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search