2/12/2020 - Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan KDN/KA ke atas Ketua Pengarah NADMA Malaysia bagi membincangkan kerjasama berterusan pihak PDRM dalam pengurusan bencana negara.
NADMA Menyerahkan Personal Protective Equipment (PPE) Kepada National Task Force Bertempat di TUDM Subang
- Admin UKK
- Berita
27 November 2020 - Pagi ini NADMA Malaysia diwakili Ketua Pengarah YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim telah membuat penyerahan Personal Protective Equipment (PPE) kepada National Task Force bertempat di TUDM Subang. Turut hadir Ketua Pengarah MKN, YBhg Datuk Hj. Mohd Rabin bin Basir.
Penyerahan termasuk Facemask 770,000 unit, Hand Sanitizer 8,000 unit dan Face Shield sebanyak 8,000 unit
25 November 2020 - Mesyuarat Ke-37 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) secara maya. Office of Civil Defense, Filipina, merupakan hos pada tahun ini dan NADMA selaku ahli ACDM turut serta dengan diketuai oleh YBhg. Ketua Pengarah YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Malaysia selalu Pengerusi Bersama ACDM Working Group on Preparedness and Response telah membentangkan perkembangan semasa inisiatif serantau dalam pengurusan bencana di ASEAN.
Selain perbincangan bersama kalangan ACDM, sesi terbuka bersama Jepun dan China turut diadakan bagi membincangkan kerjasama jangka masa panjang untuk manfaat pengurusan bencana di peringkat ASEAN.
Mesyuarat pada hari ini juga telah memperakukan AADMER Work Programme 2021-2025.
Majlis Serah Tugas Mantan KP NADMA YBhg. Dato’ Mohtar Bin Mohd Abd Rahman Kepada YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim
- Admin UKK
- Berita
23 November 2020 - Acara serah tugas mantan Ketua Pengarah NADMA Malaysia YBhg Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman kepada YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Jasamu sentiasa dikenang.
Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-Rinduan .
Kalau ada pauh didaik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.
15 November 2020 - Sejumlah 150 katil lagi telah dihantar NADMA Malaysia daripada Depot Simpanan Pertahanan Sungai Buloh bagi menampung keperluan logistik Hospital Kuala Lumpur. Ketua Pengarah NADMA Malaysia, YBhg Datuk Aminuddin bin Hassim turun padang memantau kelancaran proses penghantaran.