Kunjungan Hormat Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh En Hasnul Hanif Harun, Setiausaha Agung MBM Ke Atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Berita
11/02/2021 - Kunjungan Hormat Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh En Hasnul Hanif Harun, Setiausaha Agung MBM ke atas YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim dan disusuli Majlis Penyerahan Cek Tabung Covid-19 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah NADMA.
09/02/2021 - Temubual bersama TV3 & Berita Harian
Pelaksanaan Pemerkasaan Komuniti
Fungsi dan peranan
Agent Basmi COVID-19 (ABC-19)
Pembinaan Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran, Pahang
Pembinaan bermula pada 12 Jan 2021 - 7.00am dan dalam masa 36 jam telah siap dibina pada 13 Jan 2021 jam 7.00pm
Perincian Teknikal :
Jenis jambatan : Compact Mabey 200
Panjang : 33 Meter (11 bays)
Lebar : 7.3 meter
Kekuatan : 60 tan
Jambatan ini telah selamat dibina dengan koordinasi NADMA Malaysia bersama Batalion 91, Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan dibantu oleh 2 Skuadron RAJD yang berpangkalan di Taiping.
Jumlah kekuatan anggota yg terlibat adalah 9 pegawai dan 111 anggota lain-lain pangkat. Agensi lain yang terlibat adalah JKR Maran, Jabatan Perhutanan Maran, Pejabat Tanah dan Daerah Maran serta penduduk setempat.
Terima kasih semua yang terlibat.
Kunjungan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pemindahan Banjir di Temerloh dan Maran
- Admin UKK
- Berita
10 Januari 2021 - Sekitar kunjungan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor di Maran.
Misi Penghantaran Bekalan Makanan ke Kawasan Terputus Bubungan di Chenor, Daerah Maran, Pahang
- Admin UKK
- Berita
8 Januari 2021, Misi penghantaran bekalan makanan ke kawasan terputus hubungan di Chenor, Daerah Maran, Pahang. Kerjasama semua agensi yang terlibat amat dihargai.